Penerbit dan pengarah, Jinggo mencadangkan mana-mana artis dan team produksi yang tergolong dalam golongan anti-vaksin untuk terus kekal di rumah terutamanya selepas pihak kerajaan membenarkan semula aktiviti-aktiviti melibatkan sektor kesenian untuk kembali beroperasi nanti.
Menurut Jinggo, sekiranya golongan tersebut mahu pendirian mereka dihormati, perkara sama juga harus dilakukan oleh mereka.
“Pada artis dan production team yang anti vaksin, kome boleh stay home forever. Pada yang dah vaccinated let’s go.
“Semua orang punyai pendirian dan mahu selalu pendirian mereka dihormati. So, hormati pendirian orang lain sebagaimana lu mahu orang lain menghormati menghormati pendirian lu,” tulisnya.
Perkara tersebut dizahirkan oleh suami kepada pelakon dan pengarah , Sheila Rusli itu menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, meskipun rezeki merupakan perkara yang telah ditentukan oleh Allah SWT, namun, kita tetap harus berikhtiar dan bukan hanya berserah semata-mata.
“Wajib percaya rezeki Allah tentukan bukan mahluk tetapi Allah juga beri kita otak untuk berfikir dan berusaha bawa rezeki pulang untuk keluarga kecuali pilih untuk angkat bendera putih depan rumah.
“Vaksin tolong ambil. Yang anti-vaksin tolong duduk rumah,” tegasnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar keadaan negara dapat kembali pulih seperti sedia kala.
“Acik sokong cakap Tok Sidang terbaik.
“Terbaik. Masing-masing punya pendirian dan kena hormat sesama kita ya.
“Well said Tok Sidang. Win statement tok.
“Setuju walaupun saya bukan artis,” antara reaksi-reaki netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun mengumumkan beberapa kelonggaran bagi individu yang sudah menerima vaksinasi lengkap termasuk kebenaran untuk makan di dalam restoran serta solat berjemaah di masjid dan surau.
Sumber: Instagram Jinggo Js Pictures