“Tak Akan Tanggal Tudung, Tetap Dengan Pendirian,” – ‘Influencer’ Arviena

Share

Pempengaruh yang juga pengasas produk kecantikan Arviena Beauty, Arviena Faira Nadisha, 35, menjelaskan mengenai status yang dikongsikan di Insta Stories baru-baru ini mengenai buka tudung.

Arviena ketika dihubungi MH berkata, perkara itu cumalah gurauan semata-mata susulan kritikan yang diterimanya berhubung isu cerai, sebelum ini.

“Saya memang asalnya tidak bertudung, nak istiqamah bukan senang… tapi apa yang saya cakap dalam Instagram itu sekadar cakap sahaja.

“Sebabnya saya stres bila orang salahkan saya, cemuh saya sebab penceraian… tu yang saya tercakap macam itu.

“Tapi memang saya tidak akan tanggal tudung, saya tetap dengan pendirian (masih berhijab),” katanya jujur.

Cuba untuk menjadi insan yang lebih baik dan tidak mahu memandang ke belakang, Arviena optimis untuk meneruskan kehidupan.

Dia pada masa sama mahu komited terhadap bisnes yang diusahakan.

Terdahulu, rumah tangganya berakhir dengan kegagalan apabila dia dan bekas suami, Muhammad Luqman Al-Hakim telah disahkan bercerai pada 18 Oktober lalu.

Menurut Arviena, perkahwinan yang dibina hampir dua tahun itu tidak dapat diselamatkan lagi serta menganggap sudah tertulis jodoh mereka sampai di situ sahaja.

Arviena Beauty mengeluarkan kecantikan seperti Arviena Breast Soap dan Hwaiteu Vit Skin.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
Juliana Johar