Pelawak dan pelakon, Achey ada mengimbau kenangan bersama pengikut di laman media sosial Instagram miliknya dengan memuat naik satu rakaman video memaparkan sedutan temubual bersama arwah bapanya Hamzah Salam.
Menerusi rancangan Sembang Pacak yang pernah disiarkan di saluran Astro Prima sebelum ini, bapanya antara lain bercerita menceritakan mengenai Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah ketika di bangku sekolah.
“Arwah abah memang klako… turun ke anak …..Al fatihah abah!!,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen ruangan kapsyen video yang meraih lebih 60,000 tontonan itu.
Lantas, perkongsian pelawak berusia 34 tahun itu turut menjadi perhatian peminat, apabila rata-rata berpendapat ton suara Achey seakan-akan sama dengan suara arwah bapanya.
Sekadar informasi, arwah bapa Achey telah menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Segamat, Johor pada 19 Mac lalu.
Allahyarham berdepan dengan masalah kesihatan selepas mengalami cedera parah akibat kemalangan jalan raya pada Oktober 2016.
Foto: Instagram Achey
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Pernah Rasa Susah Punca Lirik Sekarang Tiada ‘Jiwa’? M. Nasir – “Ini Salah Generasi Di Zaman Saya.”
Penyanyi terkenal, Datuk M. Nasir berpandangan antara faktor mengapa lagu-lagu masa kini kurang penjiwaan daripada aspek lirik adalah disebabkan perubahan zaman.
Menurut M. Nasir atau nama sebenarnya Mohamad Nasir Mohamed, pemikiran mereka yang lahir di era moden ini tidak sama dengan mereka yang pernah melalui getir hidup ketika negara sedang membangun.
“Orang sekarang sudah tak fikir lagi perkara-perkara yang puitis. Cuba tanya budak-budak belasan tahun, apa yang mereka fikirkan sekarang?
“Kadang-kala tiada apa yang mereka fikirkan. Minda mereka kosong. Ini semua salah generasi saya yang kini sudah bergelar ibu bapa.
“Kita dilahirkan ketika negara sedang di dalam fasa membangun dan kebanyakkan daripada kita adalah golongan miskin.
“Kemudian, bila kehidupan kita sudah menjadi, anak-anak ini tidak melalui fasa kemiskinan. Mungkin masih ada lagi yang miskin tapi kesusahannya berbeza berbanding zaman dahulu,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Keroncong Untuk Ana itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media konsert ‘Sifu & Aku’ baru-baru ini.
Katanya lagi, golongan muda masa kini kurang pendedahan tentang kepayahan hidup kerana segala kemudahan telah pun disediakan oleh ibu bapa.
“Jiwa mereka tidak diisi dengan keperihan, kesusahan dan penderitaan masa lalu. Ibu bapa zaman dahulu tak mahu anak mereka ketika ini berasa susah. Mereka tak ajar erti kesusahan dan terlalu menjaga anak-anak.
“Sebagai contoh, mereka tak bagi anak bermain di tepi longkang atau tempat-tempat berbahaya. Silap-silap, ayam pun mereka tak pernah jumpa. Tahu makan sahaja.
“Pada saya, pembelajaran tentang kehidupan itu tidak ada. Mereka tidak merasai pengalaman itu,” ulasnya.
Dalam pada itu, penyanyi yang terkenal dengan jolokan sifu ini turut berpandangan segelintir anak muda masa kini kurang minat untuk mendalami ilmu sastera.
“Konsentrasi kita hanya terletak kepada pembangunan materi. Kalau kita tanya kepada golongan muda ini, adakah mereka berminat dengan sastra?
“Kalau boleh tak nak pandang pun pendidikan sastera itu. Mereka tak faham mengapa perlunya pendidikan sastera dan penguasaan bahasa ini.
“Jadi, kita tak dapat nak hasilkan artis-artis yang mampu mencipta lirik-lirik yang puitis. Maksudnya, ini semua salah mereka di zaman saya.
“Kita tak nak anak kita lalui apa yang kita lalui. Kita minta mereka belajar tinggi-tinggi. Pendedahan mereka juga kita kawal. Jadi, mereka tidak boleh berkarya. Tiada apa yang mereka nak perjuangkan,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram M. Nasir
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Apa Nak Jadi Dekat Ibu Jadilah, Janji Anak Selamat,” – Doktor Sahkan Kandungan Syatilla Alami Masalah Placenta Previa
Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin mendedahkan keadaan kandungannya kini mengalami sedikit komplikasi selepas doktor mengesahkan posisi urinya berada di bahagian bawah atau nama saintifiknya ‘placenta previa’.
Menurut Syatilla, keadaan tersebut menyebabkan kandungannya kerap kali berlaku pendarahan.
“Tadi pergi checkup doktor bagitahu kata placenta previa. Kenapalah tak placenta proton ka preve ka perodua ka.
“Sebab lately ni asyik bleeding, jalan banyak bleeding, angkat anak bleeding, kasaq sikit bleeding. Rupa-rupaya uri dekat bawah,” katanya menerusi hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini turut mendedahkan dirinya juga mengalamani alahan pelik sewaktu mengandung anak ketiga ini.
“Lain anak lain sungguh pembawakan dia. Tapi nombor tiga ni mmg pelik. Dari awal memang pelik. Sampai sekarang tak lalu nak promote produk sendiri.
“Dah berapa lama dah tak buat content untuk Kekasih. Bila pegang ja produk rasa meremang nak pening. Tak ka yang aneh-aneh tu?,” kongsinya lagi.
Katanya lagi, pihak doktor juga telah mengesahkan kandungannya itu akan dilahirkan secara prosedur pembedahan dan dia juga disarankan untuk ditahan di hospital lebih awal.
“So nombor tiga ni kompom lahhh doctor kena belah jugak perut aku. Baru plan nk try VBAC. Takda rezeki sungguh. Tak mengapalah, apa nak jadi dekat ibu sekalipun jadilah, janji anak ibu selamat sempurna amin.
“By the way, doktor suruh warded dah masa 36 weeks nanti. Tapi aku nak raya tapi tak mahu warded lagi.
“Ya Allah sapa lagi ada pengalaman menghadap placenta previa ni? Please share, Tilla nak baca,” akhirinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan semoga Syatilla dan kandungan akan sentiasa berada dalam keadaan baik.
“Banyak berdoa pujuk baby. Jangan stress sangat dan jangan fikir sangat. Lalui je dengan tenang dan banyakkan sujud.
“Semoga dipermudahkan segala urusan Syatilla.
“Tak mengapa yang penting ibu dan baby sihat. Enjoy your pregnancy. Kadang bukan kita yang minta. Mungkin boleh ikhtiar cara lain.
“Doa banyak-banyak dan selalu cakap dengan baby. Minta tolong dia. Jangan lupa solat hajat.
“Take care Tilla. Semoga semuanya baik-baik sahaja,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, kehamilan kali ini merupakan kandungan keenam Syatilla selepas pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali.
Untuk rekod, Syatilla dan Sam telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 8 Februari 2016.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata, Syeriv Samheizy, 5, dan Sarima Samheizy, 3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Syatilla Melvin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tilla Sakit Mata, Muntah, Cirit-Birit Sudah Seminggu.”
Pelakon Syatilla Melvin berkongsi foto mengejutkan apabila kedua-dua belah matanya kelihatan merah kerana masalah kesihatan yang dialami.
Perkara tersebut dikongsikan isteri kepada aktor, Shaheizy Sam ini menerusi hantaran di Instagram, pada Rabu.
Tilla pada masa sama turut memohon maaf kerana tidak berkesempatan untuk membalas panggilan dan mesej atas kekangan yang berlaku.
“Tilla sakit mata, muntah-muntah, cirit-birit sudah seminggu. Akibat ‘pressure’ muntah, mata jadi macam ni, siapa pernah?
“Kepada yang mencari Tilla, mintak maaf memang Tilla tak buka, reply WhatsApp apa pun sebab Tilla lembik tak ada energy.
“Anak-anak pun sama. Harini baru boleh senyum sikit,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen terhadap hantaran yang sudah pun menerima hampir 30,000 tanda suka itu.
Sementara itu, menerusi Insta Stories, Tilla menyifatkan ada yang belaku sebagai dugaan.
“Dua minggu badan memang betul-betul tak best. Ntah virus apa yang seronok sangat nak berkawan dengan aku,” tulisnya.
Mendoakan status kesihatan Tilla kembali baik dan semoga segala urusannya dipermudahkan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI