Berita pemergian bintang versatil, Allahyarhamah Adibah Noor lewat petang Sabtu akibat kanser ovari tahap empat nyata menyentap emosi peminat, termasuk rakan-rakan industri seni dan teman media.

Rata-rata memberikan penghormatan terakhir dan membacakan al-Fatihah buat penyanyi, pelakon dan hos kesayangan ramai itu.

Malah, ada di antara rakan selebriti yang berkongsi momen indah bersama arwah, termasuk penyanyi Aina Abdul.

Pelantun lagu Sepi ini mendedahkan, Adibah atau mesra disapa Kak Dib merupakan antara artis terawal yang percaya akan bakat seninya.

“Arwah Antara Figura Awal Yang Beri Semangat…,” – Aina Abdul Imbas Kenangan 2015

Ads

“Arwah Adibah Noor, antara figura awal yang memberi semangat terhadap Aina untuk terus kuatkan usaha di awal-awal pembabitan sebagai anak seni, sekitar tahun 2015.

“I am sad. I am devastated. Tenanglah di sana Kak Adibah Noor. Al-Fatihah,” titip Aina menerusi Insta Stories, sebaik mengetahui berita pemergiaan Allahyarham.

Terdahulu, Seniman dalam kenyataan media memaklumkan, Adibah Nor atau nama sebenarnya, Adibah Noor Mohamed Omar telah kembali kerahmatullah pada jam 6.30 petang Sabtu di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur di usia 51 tahun.

Ads

Beliau dilahirkan pada 3 September 1970 di Kuala Lumpur.

Selain aktif seni, Allahyarham pernah bergelar guru subjek Bahasa Inggeris selama dua tahun.

Ads

Antara filem lakonan Adibah yang cukup popular menerusi lagu Terlalu Istimewa ini termasuklah Sepet, Buli Balik, Gubra, Mukhsin, Talentime dan banyak lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/mrZ4yobZESo

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI