Mengucapkan selamat tinggal selepas bersiaran selama 15 episod, Nur 2 melabuhkan tirai semalam dengan menyaksikan pelbagai klimaks dalam ruang yang cukup singkat.

Bagi pengarahnya, Shahrulezad Mohameddin, watak Ustaz Hamadi merupakan visual dan realiti kehidupan. Walaupun watak ini telah mati, namun pengakhirannya pasti akan didengarkan sebagai ‘arwah baik orangnya’, oleh masyarakat.

Selamat tinggal Hamadi ?

“Watak yg secara peribadi meninggalkan kesan yg mendalam pada diri abam sepanjang penglibatan abam sebagai penulis skrip dan pengarah.

Terima kasih @azhan_rani yg sentiasa membuatkan abam rasa teruja setiap kali dia menjelmakan watak ini dalam visual abam.

Semoga watak ini memberikan sesuatu pada diri kita dalam memuhasabah diri adakah ada ‘Hamadi’ dalam diri kita.

“Seperti kebiasaan dan kelaziman orang kita. Sejahat mana pun Hamadi di mata kita pasti diakhiri dengan kata kata… ‘Arwah baik orangnya’

Ads

Semoga Hamadi tenang di dunia sana dan semoga kita belajar sesuatu darinya juga,” tulisnya.

Menurut Azhan Rani, Nur 2 bukanlah karya yang sempurna, malah ulasnya drama ini mungkin akan menjadi lebih menarik sekiranya digarap oleh individu lain.

“#nur2 karya yang sempurna?

Ads

Tidak.. #nur2 bukanlah karya yang sempurna.. ia karya yang cukup baik untuk aku namun tetap ada kekurangannya disini sana.. buat pemain kecil seperti aku dan rakan2 lain, ia adalah karya yang akan mekar dalam ingatan.

Barangkali #nur2 lebih menarik kalau korang yang tulis, korang yang lakonkan, korang yang terbitkan atau diusahakan oleh kawan2 yang korang suka.. disebalik ucapan puji dan tahniah usah dinafikan akan kesalan dan kekecewaan segelintir yang lain dengan karya ini.

Karya ini tak akan dapat melunaskan kepuasan pun untuk sesiapa.. tugas kami dah selesai.. mungkin ini yang terbaik kami mampu beri.. maka perbaikilah pula kekurangan kami dalam karya2 baru korang nanti.. lahirkan karya yang lebih baik dari #nur2..

Kita sama2 sentiasa mahukan yang lebih baik maka jom sama2 usaha menjadi lebih baik… in shaallah.

Ads

“Untuk peluang dan kenangan sepanjang bersama dalam family #nur dan #nur2 ini.. syukur Ya Allah kerana memilih diri ini,” tulisnya panjang lebar di ruang Instagram.

View this post on Instagram

#nur2 karya yang sempurna? tidak.. #nur2 bukanlah karya yang sempurna.. ia karya yang cukup baik untuk aku namun tetap ada kekurangannya disini sana.. buat pemain kecil seperti aku dan rakan2 lain, ia adalah karya yang akan mekar dalam ingatan.. barangkali #nur2 lebih menarik kalau korang yang tulis, korang yang lakonkan, korang yang terbitkan atau diusahakan oleh kawan2 yang korang suka.. disebalik ucapan puji dan tahniah usah dinafikan akan kesalan dan kekecewaan segelintir yang lain dengan karya ini.. karya ini tak akan dapat melunaskan kepuasan pun untuk sesiapa.. tugas kami dah selesai.. mungkin ini yang terbaik kami mampu beri.. maka perbaikilah pula kekurangan kami dalam karya2 baru korang nanti.. lahirkan karya yang lebih baik dari #nur2.. kita sama2 sentiasa mahukan yang lebih baik maka jom sama2 usaha menjadi lebih baik… in shaallah untuk peluang dan kenangan sepanjang bersama dalam family #nur dan #nur2 ini.. syukur Ya Allah kerana memilih diri ini ? #alhamdulillah ❤️ #terimakasihkeranasetiabersamakami

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on

Netizen pula cuba merungkai satu persatu persoalan dan menyatakan kekecewaan kerana klimaks yang dipadatkan.

“Arwah Baik Orangnya,” – Nur 2 Tamat & ‘Al-Fatihah Ustaz Hamadi’, Netizen Kata Aman Dunia! “Arwah Baik Orangnya,” – Nur 2 Tamat & ‘Al-Fatihah Ustaz Hamadi’, Netizen Kata Aman Dunia!

Apa-apa pun, tambah mereka lagi, dunia kini lebih aman dengan tamatnya Nur 2. Apa kata korang? 

Foto : Instagram Shahrulezad & Azhan Rani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI