“Ia satu tanggungjawab. Walaupun dia bekas suami tetapi kami tahu dia tidak sihat dan dia ialah ayah kepada anak- anak saya.”

Demikian kata pelakon dan usahawan, Didie Alias selepas ditanya mengenai keberadaanya di sisi Allahyarham Ridzuan Hashim yang meninggal dunia akibat serangan jantung, pada Khamis.

Difahamkan, Allahyarham sebelum itu rebah ketika sedang bersarapan di rumahnya sekitar pukul 11 pagi sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Arwah Dah Tiada… Kita Sudah Siap Beli Tiket, Tempah Baju. Teruja Nak Terima Menantu Orang Jauh,” – Didie Alias “Arwah Dah Tiada… Kita Sudah Siap Beli Tiket, Tempah Baju. Teruja Nak Terima Menantu Orang Jauh,” – Didie Alias

“Syukur dapat selesaikan (urusan pengebumian jenazah) dan perjalanannya diatur sangat baik sejak nafasnya yang terakhir sampailah ke liang lahad. Anak-anak pun bersama saya dan bagi saya ini semua aturan Allah SWT.

“Secara ikhlasnya saya reda dengan pemergian arwah dan saya sudah maafkan dia lama. Saya halalkan makan minum dia dan saya tengok dia pergi pun dengan tenang alhamdulillah” katanya kepada MH.

Didie turut tenangkan anak-anak mereka di dalam menghadapi ujian kehilangan orang tersayang.

Ads

“Kita semua pasti akan melalui kematian. Bagi saya dia pergi pun tak adalah dengan cara yang teruk. Sebelum ini dia masih boleh berjalan. Tidaklah dia uzur sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak. Dia sangat kuat hingga nafasnya yang terakhir.

“Cuma anak lelaki sayalah, Dhanial kerana dia yang banyak isi masa menjaga bapanya. Yang rasa ralat tu pasal anak lelaki akan nikah nanti 20 Mei ini.

“Arwah dah tiada… kita sudah siap-siap belikan tiket dan tempah baju. Iyalah teruja nak terima menantu orang jauh dari Tawau, Sabah.

“Sudah pun rancang nak terbang ke sana dan makan sama-sama. Dia pergi tanpa beri apa-apa ‘signal’ pada kami,” katanya lagi.

Ads

Didie pada masa sama terharu dan berterima kasih kerana memiliki keluarga besar yang memahami.

“Alhamdulillah saya bersyukur dapat suami yang sangat memahami yang mana dia boleh terima bekas suami saya untuk jadi sebahagian daripada keluarga. Begitu juga dengan keluarga mentua.

“Ibu saya pun boleh terima walaupun dia bekas suami. Menerima untuk menjaganya yang tidak sihat. Sebab itu saya cakap tiada dendam dengan dia. Malah bersyukur dapat menguruskan jenazah arwah,” katanya.

Ads

Jenazah Allahyarham Ridzuan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor selepas solat Magrib.

Imbas kembali, Ridzuan dan Didie berkahwin pada tahun 1991 dan dikurniakan lima cahaya mata, namun rumah tangga mereka hanya bertahan sehingga 2002.

Selepas bercerai dengan Didie, Ridzuan tidak pernah berkahwin lain dan memilih untuk hidup menduda.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI