
Bintang versatil, Adibah Noor yang baru sahaja kehilangan ibu tersayang, Hajjah Norlia Abd Majid, ada berkongsi suatu kisah istimewa menerusi sepotong video yang dimuat naik di Instagramnya.
Dedah penyanyi Terlalu Istimewa ini, arwah ibunya tidak berapa gemar membela kucing, akan tetapi setiap hari arwah akan meninggalkan makanan buat burung dan kucing jalanan yang melalui kediamannya.
“Semasa hidupnya.. arwah emak tak berapa suka bela kucing. tapi.. tiap2 hari akan tinggalkan makanan utk mana2 kucing dan burung yg lalu kat rumah.
“Semalam.. si comel ni.. siap bergolek2 atas kubur arwah emak,” tulisnya.
Sementara menerusi ruangan komen, rata-rata peminat turut sama mendoakan kesejahteraan dan sedekahkan al-fatihah buat arwah.
Foto: Instagram Adibah Noor
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Harap Dia Selesaikan Kes Dia Dengan Polis Dengan Segera,” – Azwan Ali

Personaliti terkenal, Azwan Ali atau lebih sinonim dengan panggilan Diva AA mendakwa dirinya telah ditipu bekas pengurus, baru-baru ini.
Menurut Diva AA, individu berkenaan dikatakan tidak bersikap jujur dengan dirinya sepanjang berkerjasama, sebelum ini.
“Pada mulanya dia yang beria-ria cari aku kononnya peminat fanatik untuk berkerja dengan aku. Selepas itu saya tidak ada apa-apa masalah pun dengan dia, semua okey.
“Kemudian dia tidak bersikap jujur dan telus dengan saya menjadi punca ini semua terjadi.
“Saya tak boleh nak berkerja dengan orang macam ni tambahan pula dia ada kes polis.
“Benda ni saya nak dia sedar… bila kau ada kes polis dan berkerja dengan aku, tak pernah nak jujur dengan aku, jadi saya harap dia selesaikan kes dia dengan polis dengan segera.
“Jadi sudah pasti selepas ini saya akan lebih berhati-hati untuk percaya dengan orang di sekeliling saya,” katanya kepada MH.
Dalam perkembangan lain, Diva AA kini sedang bergiat aktif menjalankan perniagaan minyak angin jenamanya sendiri.
Sebagai permulaan sebanyak 5,000 botol dikeluarkan dengan kandungan 10 mililiter pada harga RM11 sebotol. Minyak Angin Diva AA ‘See My Level’ ini sesuai digunakan untuk mereka yang mengalami masalah sakit sendi, otot dan sebagainya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Yeay! Hari Last Berpantang,”- Kongsi Video Mandi Bunga Berkemban, Nourul Depp Tarik Nafas Lega!

Penyanyi, Nourul Depp meluahkan rasa gembira apabila dia kini sudah habis dalam proses berpantang selepas melahirkan anak ketiga pada 1 Mei lalu.
Malah, Nourul ada berkongsi video di Instagramnya yang melihatkan dia sedang mandi bunga dalam tab mandi.
“Yeayyy! Hari last berpantang! Yeay tu bukan apa, sebab dapat pi exercise minggu depan. Alhamdulillah .
“Badan pun dah kuat. Alhamdulillah (macam tak pantang kali ni dok ke hulu ke hilir hahaha),”tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on
Menerusi video tersebut, Nourul dilihat berkemban dengan memakai kain batik, lalu bermandikan pelbagai jenis bunga yang disediakan oleh sebuah spa.
Bagaimanapun, netizen telah meninggalkan komen terhadap perkongsian isteri Eric Daniel Depp itu
Untuk rekod, Noorul mendirikan rumah tangga dengan Eric pada 6 Jun 2012.
Pasangan berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata, Zachary Depp, 6 tahun, Raphael Depp, 4 tahun dan Isabella Depp, 1 bulan.
Menerusi perkahwinan pertama bersama komposer dan penyanyi Ajai, Nourul dikurniakan anak perempuan, Ayu Nazirah yang kini berusia 21 tahun.
View this post on InstagramA post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on
View this post on InstagramA post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on
View this post on InstagramA post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on
Foto : Instagram Nourul Depp
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“I Shoot Video Tu Pun Untuk Kumpul Dana, Tapi Terima Kasih…,” – Ada Yang Persoal, Ini Respon Balas Aishah Ariffin

Penyanyi senior, Aishah Ariffin mendedahkan dia sememangnya sudah terbiasa menikmati suasana pagi sambil diiringi alunan Al-Quran dan diikuti pula dengan ibadah solat Dhuha.
Menurut Aishah, rutin berkenaan sebenarnya sudah lama diamalkan sewaktu usianya masih muda.
Katanya lagi, sekiranya suasana tersebut diamati sebaiknya, kita akan dapat merasakan nikmat ketenangan hati.
“Berpagi-pagian sangat menenangkan jiwa. Naturally I am owl, bermula daripda masa mula-mula menyanyi dulu kehidupan seperti burung hantu, tidur siang berjaga malam.
“Tetapi sesiapa yang belum cuba berpagi-pagiaan ni cubalah, diiringi dengan zikir dan bacaan ayat suci Al Quran diikuti oleh solat Dhuha. Masyaallah rasakanlah keajaibannya, kerana masa inilah rezeki Allah swt turunkan untuk hambaNYA,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Janji Manismu itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Sementara itu, Aishah turut menzahirkan rasa kurang senang terhadap sikap segelintir pihak yang mempersoalkan mengenai amal ibadahnya baru-baru ini.
Jelas Aishah, amal ibadah ini bukanlah sesuatu yang harus ditunjuk-tunjuk sebaliknya ia merupakan rahsia diantara kita dan Sang Pencipta.
“Btw, semalam bila I upload video I nyanyikan lagu Fan Club I, ada yang mengingatkan I supaya lebih byk beribadah. I shoot video tu pun untuk membantu mengumpul dana.
“Tapi, terima kasih di atas ingatan uolls semua. Tapi kita takkan nak tunjukkan amal ibadah kita buat kat media sosial kot.
“Sembunyikanlah ibadahmu seperti kamu menyembunyikan keaibanmu. Sekian tazkirah pagi ni. Stay safe everyone,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan pandangan yang sama selain turut menasihati Aishah supaya mengabaikan sahaja komen-komen negatif tersebut.
“Sangat happy bila Kak Aishah dah kembali ceria.
“Setiap ibadah yang dilakukan, biarlah Allah saja yang tahu.
“Yang penting be happy and spread your positive vibes.
“Yang penting sis happy, chill dan fun. Takdelah stress kan,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sebelum ini, Aishah telah pun menerima rawatan di Hospital Ampang selepas disahkan positif Covid-19 dan terpaksa bergantung kepada alat bantuan kecemasan.
Bagaimanapun, selepas 12 hari menerima rawatan, Aishah akhirnya disahkan telah kembali sembuh sepenuhnya.
Sumber: Instagram Aishah Ariffin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI