Bintang versatil, Adibah Noor yang baru sahaja kehilangan ibu tersayang, Hajjah Norlia Abd Majid, ada berkongsi suatu kisah istimewa menerusi sepotong video yang dimuat naik di Instagramnya.
Dedah penyanyi Terlalu Istimewa ini, arwah ibunya tidak berapa gemar membela kucing, akan tetapi setiap hari arwah akan meninggalkan makanan buat burung dan kucing jalanan yang melalui kediamannya.
“Semasa hidupnya.. arwah emak tak berapa suka bela kucing. tapi.. tiap2 hari akan tinggalkan makanan utk mana2 kucing dan burung yg lalu kat rumah.
“Semalam.. si comel ni.. siap bergolek2 atas kubur arwah emak,” tulisnya.
Sementara menerusi ruangan komen, rata-rata peminat turut sama mendoakan kesejahteraan dan sedekahkan al-fatihah buat arwah.
Foto: Instagram Adibah Noor