Industri dunia hiburan dikejutkan dengan berita kematian penyanyi, Dato’ Nassier Wahab yang telah meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur, pada jam 12.45 tengah malam tadi.

Menerusi akaun Instagram milik penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza atau sinonim dengan panggilan Tok Ti, penghibur itu meluahkan rasa sedih atas kehilangan penyanyi yang terkenal dengan lagu Memori Cinta Luka itu.

Menerusi Instagram, Tok Ti turut mengimbau kembali kenangan ketika bersama dengan arwah.

“Gambar ini saya rakamkan pada tanggal 25 April 2017. Antara kenangan terakhir saya bertemu arwah.

“Arwah seorang yang sangat merendah diri, baik& sopan tutur bahasanya.

“Semoga arwah di tempatkan bersama sama insan soleh di sana, amin.

Ads

“Ya Allah. Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan dan maafkan kesalahannya.

“Engkau muliakan kedudukannya, dan luaskan tempat tinggalnya, dan sucikan dia dgn air, salji dan air yang sejuk. Engkau bersihkannya daripada kekotoran dosa sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran.

“Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka,” tulisnya panjang lebar.

View this post on Instagram

Gambar ini saya rakamkan pada tanggal 25 April 2017.. Antara kenangan terakhir saya bertemu arwah…Arwah seorang yang sangat merendah diri, baik& sopan tutur bahasanya.. Semoga arwah di tempatkan bersama sama insan soleh di sana .. aamin.. أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ artinya : “Ya Allah. Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan dan maafkan kesalahannya. Engkau muliakan kedudukannya, dan luaskan tempat tinggalnya, dan sucikan dia dgn air, salji dan air yang sejuk. Engkau bersihkannya daripada kekotoran dosa sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.”

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Ads

MH ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga arwah Nassier Wahab.

Selain Tok Ti, ramai lagi golongan selebriti yang turut sedekahkan Al-Fatihah serta dedikasi buat permata seni yang telah pergi buat selamanya.

Ads

View this post on Instagram

Ya Allah..innalillahwainahilahirojiun…….moga roh nya ditempatkan bersama orang orang yang solihin… manusia yang saya anggap amat positif…sentiasa memberikan semangat dan inspirasi pada saya…saya masih ingat abang nassier datang melawat saya ketika saya sakit dahulu…dia banyak memberikan kata kata semangat untuk saya…namun Allah lebih menyayanginya……sedih dan terharu saya dengan pemergiannya…… Mari kita sedekahkan al fatihah ….turut berdukacita atas pemergiannya….. @ezadzeanaventures @ezadlazim_fans @ezadlazim_fansutara @ezadlazimlovers @1unitedteam @ezadlazim_supporters @ezadlazimlovers_sg @ezadlazim_zeanaramlisupporterz @ezadzeana_forever @ezadzeana_supporters  @sobijak_school_wear  @ezamani_official @ezadlazimlovers_indonesia

A post shared by mohd rohaizad mohamad lazim (@ezadlazim) on

Foto: Instagram Siti Nurhaliza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI