Baru-baru ini, tular sepotong video di media sosial yang memaparkan kasih sayang seorang bapa yang bergegas berlari mendapatkan anak saudaranya yang tumbang menahan terik matahari ketika dalam perbarisan.
Video serta gambar tular tersebut nyata meruntun hati banyak pihak termasuklah buat pelakon, Fizo Omar.
Menurut Fizo, insiden tersebut mengingatkannya kembali kepada pengorbanan arwah bapanya, Wan Omar Wan Ishak yang sanggup datang daripada jauh semata-mata untuk menyaksikan anaknya itu bermain bola.
“Ya Allah berkaca mata Abe Joe tengok video ni malam tadi. Korang dapat rasa tak perasaan seorang ayah yang tengok anaknya rebah depan mata. Kalau jadi kat Abe Joe, confirm arwah ayah Abe Joe akan buat benda yang sama.
“Hmm teringat Abe Joe masa zaman main bola dulu. Arwah Ayah Abe Joe sanggup ulang alik dari Pasir Puteh ke Kota Bharu semata-mata untuk support Abe Joe tepi padang,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Romeo Kota itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Lantaran itu, bapa kepada dua orang cahaya mata ini turut menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa menghargai waktu-waktu bersama bapa sementara hayat mereka masih ada.
Katanya lagi, kasih sayang seorang bapa sememangnya tidak ternilai walaupun kadang kala tidak terungkap melalui kata-kata.
“Sebagai seorang anak dan ayah, Abe Joe sangat terkesan bila tengok video ni. Itulah namanya ayah, bila dia sayang, dia tak cakap, tapi dia akan tunjuk.
“Bila last korang berbual dengan ayah korang? Tahu korang busy, tapi luangkan masa sekejap untuk call ayah korang tanya khabar.
“Ayah ni tak minta banyak pun, cukup bila dia tau anaknya sentiasa selamat dalam pekerjaan yang dilakukan. Al-fatihah untuk arwah ayah Abe Joe – Wan Omar bin Wan Ishak,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut memuji usaha warga emas tersebut untuk membantu anak saudaranya itu.
“Tak pernah tak sedih tgk video ni. Hebatnya kasih seorg ayah dan ibu. Al-fatihah buat ibu bapa yang dah meninggalkan dunia.
“Kasih ibu hingga ke syurga, kasih ayah hingga ke mati.
“Berkali-kali ulang tengok video ni air mata mesti keluar.
“Tiap kali video ni lalu, bukan setitik airmata yang gugur. ALLAH, hebatnya kasih seorang ayah,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, insiden tersebut difahamkan berlaku ketika sambutan Hari Penguatkuasa KPDNHEP di Maktab Penjara Kajang.
Menerusi video tersebut, si ayah bukan sahaja memapah anak saudaranya untuk kembali berdiri, malah dia juga turut kekal di belakangnya agar si anak terus berada dalam perbarisan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fizo Omar