Perkongsian foto dari pasangan pelakon, Amar Baharin dan isterinya, Amyra Rosli baru-baru ini di Instagram mendapat perhatian warganet.

Ini kerana, ada di antara mereka yang menebak, membayangkan pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu sedang hamil anak ketiga kerana hadir ke Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.

“Aryssa Nak Dapat Adik Lagi Ye,” – Hadir Ke Hospital, Peminat Teka Amyra Rosli Mengandung, Amar Baharin Beri Jawapan

Malah, keberadaan Amyra bersama suami dengan mengenakan persalinan sedondon menguatkan lagi spekulasi tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli)

Ads

“Tahniah… Aryssa nak dapat adik lagi ye…,” tanya seorang warganet.

“Wah congratulations,” ucap seorang lagi warganet.

“Wow tahniah Mira,” tulis seorang lain warganet lainnya.

Ads

Bagaimanapun, Amar menerusi ruangan komen menjelaskan, kehadiran mereka ke lokasi berkenaan bukanlah bagi tujuan tersebut selepas ditanya seorang individu.

Malahan, anak kedua mereka, Ayra Aryssa baru sahaja mencecah usia 11 bulan.

Ads

“Aryssa Nak Dapat Adik Lagi Ye,” – Hadir Ke Hospital, Peminat Teka Amyra Rosli Mengandung, Amar Baharin Beri Jawapan

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan anak sulung mereka, Aqeef Anaqi dilahirkan pada 15 Oktober 2017.

“Aryssa Nak Dapat Adik Lagi Ye,” – Hadir Ke Hospital, Peminat Teka Amyra Rosli Mengandung, Amar Baharin Beri Jawapan “Aryssa Nak Dapat Adik Lagi Ye,” – Hadir Ke Hospital, Peminat Teka Amyra Rosli Mengandung, Amar Baharin Beri Jawapan “Aryssa Nak Dapat Adik Lagi Ye,” – Hadir Ke Hospital, Peminat Teka Amyra Rosli Mengandung, Amar Baharin Beri Jawapan

Foto: Instagram Amar, Amyra

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI