Saban hari, ada sahaja nama baru yang memeriahkan industri seni tempatan dan pastinya, ia secara tidak langsung memberi persaingan sihat buat bintang sedia ada.
Lalu pada masa sama, artis terdahulu pula perlu melakukan sesuatu bagi memastikan diri mereka kekal relevan.
View this post on InstagramOk ni sayey 🤪🤘🏻 @sherry_alhadad
A post shared by SYAFIQ FARHAIN (@syafiqfarhain) on
Bagi penyanyi dan pelakon, Syafiq Farhain misalnya, dia tidak menafikan ada ketikanya rasa tertekan apabila memikirkan cara untuk terus kekal relevan dalam industri.
Apatah lagi dengan perkembangan industri seni semasa ketika ini.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Manis-Manis Cinta ini mengakui bagi terus mengekalkan reputasi yang baik, dirinya perlu memberikan naskhah berkualiti, selain punya disiplin tinggi dalam apa saja yang dilakukan.
“Memanglah kita selalu dengar mengenai istilah cepat naik, cepatlah jatuh. Asal ada gosip sahaja meletop, kalau tak ada diam.
“Bagi saya benda tu kenalah seiring dengan kualiti yang kita bawa.
Malah kongsi Syafiq kepada MH, sudah menjadi lumrah apabila nama seseorang itu tengah ‘panas’, ia secara tidak langsung akan menjadi perhatian.
“Jadi daripada situlah peminat akan tetap ingat dan mengikuti perkembangan diri kita. Tengah panas ni orang naklah kita.
Kalau tidak memang agak sukar,” kata bintang Hero The Movie ini jujur.
Foto: Instagram Syafiq Farhain
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bila Nak Pakai Tudung, Berdosa Mama Aurat Tu. Kata-Kata Dia Menyebabkan Saya…,” – Imbas Memori Tak Ternilai, Ingatan Anak Sulung Buat Noraniza Idris
Penyanyi lagu Tradisonal, Noraniza Idris tidak dapat menyembunyikan rasa gembira seorang ibu apabila anak sulungnya, Mohd Aliff Haiqal Mohd Fauzi, 26, selamat bergelar suami baru-baru ini.
Malah, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Awallah Dondang dan Dikir Puteri itu ada merakam kembali memori dan tingkah anak sulungnyai ketika masih kecil menerusi Instagram, bersempena dengan hari bersejarahnya itu.
“Sejak lahir alif akan ditidurkan atas dada papanya.. kata org tua2, kalau nak bagi anak kenang org tuanya kena tidokan atas dada.. ternyata @aliffh23 ni memang #copycat apa papa dia buat.
“Suka tiru . Sehingga papa dia berdehem sambil tgk tv pun dia akan ikut.. sebab papa buat. Itu lah anak. Bila org tua dia jd idola.
“Kisah @aliffh23 masa kecik paling nakal dan suka protect kawan2 kena buli. Sampai satu hari, dia tanya mama, bila mama nak pakai tudung, berdosa mama, aurat tu ma aurat tu.
“Kata2 dia menyebabkan sy pegang tekad cukup usia sy 40 sy berhijab. Syukur alhamdulillah dah lebih 8 tahun sy berhijab,” tulisnya.
Malah, Noraniza turut berkongsi momen lucunya bersama Aliff.
“Satu lg kisah @aliffh23 , dia sedih sebab tak boleh sebut R dan pelat. Utk atasi masalah sedihnya, sy layan. Sy latih dia gulungkan lidah sambil bunyikan “rrrrrr..” selagi tak letih. Sy latih dia setetrusnya sebut “rrrrrraaaaaa”.
“Nak tau , sampai sekarang bila dia sebut perkataan2 yg ada bermula dengan R , sentiasa didengar jelas dan huruf r pasti ditekan sedikit .
View this post on InstagramA post shared by Noraniza Idris (@noraniza_idris) on
“Satu lg kisah @aliffh23 masa kecik, yg paling comel, air liur dia selalu meleleh sampai umur 5 bulan. Dulu masa nak bersalinkan @aliffh23 , sementara nak ke klinik , sy lalu kat kedai kuih pau masakan restoran cina.
“Sy nak juga pau tu bau menyelerakan tapi disebabkan was was, jd sy ambil bau je. Tak lah makan. Mak kata ini lah sebabnya anak sy meleleh air liur,” kongsi ibu berusia 48 tahun ini yang turut mengakui, kenangan terindah bersama anak tidak akan hilang dalam ingatan.
Aliff merupakan anak Noraniza bersama bekas suami, Mohd Fauzi Mohd Tajuddin atau Fareez dan mereka turut mempunyai seorang lagi anak lelaki, Mohd Alfeeq Haiqal Mohd Fauzi, 25.
Foto: Instagram Noraniza Idris
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Mahukan Rakan Hos Yang Punya Pesona, Elegan Seperti Dia,” – Nabil Buka Mulut Isu Siapa Ganti Neelofa Di MeleTop
Nabil Ahmad mengakui dia akan terasa ‘kehilangan’ apabila tidak lagi mengacakan program MeleTOP bersama rakan hos, Neelofa selepas lapan musim bersiaran bersama.
Malah, tempoh tujuh tahun bergandingan dengan bintang yang dikagumi ramai itu memberi 1001 pengalaman yang berbeza buat dirinya.
“Kenapa saya terasa dengan ‘kehilangan’ Neelofa ini adalah kerana dia seorang yang berbeza. Pada masa sama, saya juga mendapat sebilangan audiens yang lain. Maknanya, audiens Neelofa.
“Audiens dia kenal saya menerusinya. Sebagai contoh, audiens saya akan kenal Jihan Muse, begitu juga sebaliknya. Kami mempunyai audiens peminat yang sama. Akan tetapi dengan Lofa, dia akan jadi lain.
“Macam saya ni misalnya, kita ‘peduli’ crowd. Kita nak satu benda yang berbeza. Malah saya ada mendapat klien yang kenal saya daripada Neelofa. Dia juga mendapat crowd saya. Jadi boleh dikatakan kita sama-sama membantu dalam survival seni ni.
“Itu juga adalah salah satu strategi untuk terus kekal dalam industri. Macam saya, meski nampak ‘gila atau bangang’ bila bersama Neelofa, saya bangga duduk sebelah dia,” katanya kepada MH.
Jelas Nabil lagi, pencapaian Juara Dewi Remaja 2010 di dalam dan luar negara selain dalam dunia bisnes menjadikan wanita asal Kelantan itu sebagai antara selebriti eksklusif yang sukar untuk dibanding-bandingkan.
“Sebab pencapaian dia, saya pun tumpang. Setiap minggu kot saya mengacara dengan dia.
“Malah saya akui bukan senang kita nak cari keserasian dan saya dapat peluang itu. Kalau boleh, saya mahukan rakan hos yang punya pesona seperti dia. Seorang yang elegan dan ada aura kalau boleh.
“Secara jujurnya, kalau ditanya ketika ini, saya tiada nama sesiapa di dalam fikiran,” jelas Nabil.
Terdahulu, Neelofa mengumumkan dirinya tidak lagi akan bersama-sama mengacarakan program hiburan berkenaan yang bersiaran di Astro Ria dan Ria HD kerana mempunyai komitmen terhadap sebuah rancangan baru yang akan bersiaran tidak lama lagi.
View this post on InstagramSelepas 7 tahun dan 8 musim, @neelofa umum ‘live’ tinggalkan set MeleTop
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Foto: Instagram Nabilzira
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Menu ‘Homemade’, Tawar 100 Makanan Segera Sihat, Zhafran Md Yusuf Optimis & Isteri Fouziah Gous Sokong Usaha Suaminya
Pengamal diet vegan di Lembah Klang khususnya pasti teruja apabila pelbagai menu sihat dengan harga mesra pembeli kini boleh didapati di restoran Rightside Fast Food yang telah memulakan operasinya di Mont Kiara dan Sri Petaling.
Restoran berkenaan menyediakan hidangan 100 produk vegan yang eksklusif kerana ia adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Pengarah & Pengerusi Rightside Fast Food, Datuk Zhafran Md Yusuf berkata, Rightside merupakan restoran makanan segera pertama di Asia yang berasaskan tumbuhan telah menjalankan penyelidikan secara inovatif dengan mengunakan bahan-bahan premium yang tinggi khasiatnya.
Tambahnya lagi restoran itu merupakan syarikat milik penuh anak tempatan yang diuruskan oleh mereka di kalangan ahli kimia yang ghairah mencipta makanan segera yang lazat dan berkhasiat untuk pelbagai lapisan masyarakat.
“Kami percaya untuk memastikan menjadikan diet alternatif itu boleh diakses sama ada mereka seorang vegan atau tidak yang masih menikmati menu makanan berasaskan tumbuhan yang lazat bersama orang tersayang.
“Kami juga yakin dengan kehendak pasaran hari ini yang mahukan menu sihat lebih baik seperti vegan diperkenalkan yang bukan sahaja berkhasiat, pada masa yang sama dapat memenuhi cita rasa pelanggan yang masih boleh makan ketika berdiet,” katanya.
Lebih istimewa, semua menu dihasilkan secara ‘homemade’ atau buatan sendiri.
Malah daging burger atau patty diperbuat daripada protein kacang dan dimasak seperti burger hancur yang menawarkan tiga pilihan menu samada ZeroBeef, ZeroLamb dan ZeroChicken.
Mengulas lanjut, Zhafran yang juga suami kepada pelako dan hos, Fouziah Gous menjelaskan, Rightside turut bercita-cita untuk menjadi rantaian makanan segera terbesar berasaskan tumbuhan seterusnya mencipta diet alternatif yang sedap dan boleh diakses kepada semua masyarakat di seluruh dunia.
Ujarnya, misi pihak pasukan adalah untuk mendefinasikan semula konsep baharu makanan segera yang sihat bagi mewujudkan persekitaran yang inklusif tanpa mengira keutamaan diet seseorang.
“Kami yakin Rightside akan menjadi pilihan masyarakat pada masa akan datang kerana merupakan merupakan restoran makanan segera berasaskan tumbuhan pertama yang memiliki rantai di Asia.
“Pada masa sama, kami juga mengutamakan teknologi dan inovasi penyelidikan serta pembangunan bagi menghasilkan produk berkhasiat tinggi menggunakan bahan premium 100 peratus berasaskan tumbuhan selain meberi fokus kepada inklusiviti.
“Malah kami menawarkan harga yang cukup berpatutan dan berbaloi jika dilihat dari segi kualiti rasa serta khasiat menu vegan yang pasti akan memberi rasa kepuasan di hati pelanggan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Fouziah yang turut hadir menyambut baik usaha yang dilakukan suami dan pasukan Rightside dalam usaha mengembangkan gaya hidup yang lebih sihat.
“Kalau kita lihat sekarang, ada di antara individu yang kalau ingin ambil sesuatu menu akan ambil kira soal kalori, diet dan sebagainya. Jadi saya menyambut baik idea suami dan inilah masanya untuk saya turut memberikan sokongan.
“Malah kami suami isteri pun cenderung pilih mananan yang berkhasiat. Menu lain bukanlah tidak makan langsung. Cuma inilah antara cara kami untuk mendidik masyarakat supaya ambil sesuatu menu secara betul, insyaAllah,” katanya.
Selain burger, Rightside turut menawarkan menu sihat seperti, salad Mexico, kentang goreng, jagung didalam cawan, susu kocak dan minuman sihat yang berasakan tumbuhan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI