Hubungan akrab yang terjalin di antara pengacara Nabil Ahmad dan Neelofa Mohd Noor sememangnya diketahui ramai memandangkan sebelum ini kedua-duanya pernah digandingkan bersama sebagai hos program MeleTOP.
Neelofa kemudiannya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada rancangan tersebut selepas tujuh tahun menggendalikannya bagi memberikan fokus terhadap perniagaan yang diusahakannya.
Baru-baru ini, Nabil berkesempatan bertemu dengan Neelofa di sebuah majlis dan mengabadikan gambar kenangan mereka bersama sambil ditemani isteri, Zira Ayub.
Menariknya, kapsyen ringkas yang ditulis Nabil menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya itu menjadi perhatian ramai.
“Next to Neelofa, asal jumpa je mengandung,” tulis Nabil.
Rata-rata netizen mengakui terhibur dengan ‘usikan’ Nabil terhadap Neelofa malah ada juga dalam kalangan warganet mengakui merindui gandingan dua hos ini dalam MeleTOP.
“Nabil je boleh bahan Neelofa.
“Caption win, Nabil.
“Hahahhaha caption Nabil, kalau dulu Lofa mesti jawab macam ni.. aku nak lawan kau Nabil.
“Rindu gandingan Lofa-Nabil.
“I miss this duo, Nabil & Neelofa,” komen beberapa netizen.
Neelofa kini sedang sarat hamil anak kedua hasil perkongsian hidup dengan PU Riz.
Neelofa dan PU Riz atau Haris Ismail, 28, berkahwin pada 27 Mac 2021. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung, Muhammad Bilal yang kini sudah berusia setahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.