Pelakon Scha Elinnea yang dilihat sering memuat naik foto seksi di media sosial mengakui keluarganya tidak kisah dengan tindakannya itu.
Terbuka dengan perkara tersebut, Scha turut menyifatkan keluarganya memahami.
Scha yang dikenali menerusi drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe dan Tuan Danial itu turut bagaimanapun tidak menafikan, dia ada menerima komen daripada warganet yang mempersoalkan penerimaan keluarga terhadap imejnya.
Scha menjelaskan, tiada sebarang isu membabitkan penampilan dirinya dengan ahli keluarga kerana mereka tahu serta mengikuti perkembangannya di sosial media.
“Keluarga saya jenis tak kisah dan mereka tahu saya kerap berpenampilan seksi, malah ibu saya sendiri mengikuti saya di media sosial.
“Keluarga saya bersikap terbuka, asalkan saya tak buat perkara yang boleh menjatuhkan maruah keluarga seperti mengambil dadah, berkhalwat atau hamil anak luar nikah.
“Malah peminat juga tiada masalah apabila melihat saya memakai pakaian seksi. Mereka menyokong penampilan yang saya gayakan,” katanya jujur.
Pada masa sama, meski dia ada menerima kecaman atas alasan seksi, namun dia tidak cepat melatah.
Sebaliknya bintang asal Kedah ini tidak menafikan lebih selesa menjadi diri sendiri.
“Buat apa saya nak kawal penampilan disebabkan orang lain. Bagi saya, kalau saya nak tutup, biarlah ikhlas dari dalam diri sendiri.
“Bagaimanapun, ia tidaklah bermakna saya akan sentiasa berpakaian seksi. Kalau saya ke pantai dan memakai bikini, maka dengan bikinilah gambar saya,” akhirinya.
https://www.instagram.com/p/CEEYE3QjVbR/
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI