“Asalnya Nasyid, Diciptakan Oleh Azlan Abu Hassan Untuk Raihan,” – Azharina Dedah Kisah Lagu Elegi Sepi

Share

Penyanyi Azharina Azhar mengakui single Elegi Sepi memberi makna yang cukup besar bagi dirinya sepanjang 20 tahun terlibat dalam seni.

Menurut Azharina, meski ia menjadi antara lagu yang wajib disampaikan ketika membuat persembahan, namun mungkin ramai yang tidak tahu ia sebenarnya sebuah naskhah nasyid.

“Lagu ini sejujurnya sesuatu yang memberi impak yang besar dan hidup saya. Hingga hari ini ia masih menjadi lagu saya di mana-mana show kena juga nyanyi, wajib walaupun beribu-ribu kali.

“Sampai hari ini masih ada permintaan di stesen radio, karaoke dan sebagainya. Saya sangat bersyukur,” katanya.

Juara Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) berkongsi perkara tersebut menerusi #MHThrowback

“Tapi fakta yang orang tak tahu mengenai lagu ini ialah, ia pada asalnya ialah lagu nasyid. Diciptakan oleh Azlan Abu Hassan untuk Raihan. Saya difahamkan mereka tak jadi rakam untuk dimuatkan alam album ketika itu.

“Kemudian saya ambil kerana suka melodi lagu tersebut bila diperdengarkan. Jadi Julfekar yang tuliskan lirik untuk Elegi Sepi,” katanya.

Banyak lagi hal menarik yang dikongsikan Azharina, termasuk memori di sebalik setiap artikel mengenainya di Media Hiburan.

Video penuhnya boleh ditonton di sini;

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH