Pelakon dan hos, Mira Filzah atau nama lengkapnya, Nur Amirah Filzah binti Badioezaman ada mendedahkan asal usul namanya kepada peminat pada Selasa.
Memberikan penjelasan selepas ditanya menerusi aplikasi Ask Me Question di Insta Stories, bintang Sweet Dreams itu menjelaskan pada awal, kedua orang mahu memberikan nama ‘Wardah’ selepas dicadangkan ustaz.
Bagaimanapun, si ibu pula lebih gemar untuk memberikan nama yang lebih panjang.
“Siapa yang suggest nama Mira Filzah? Ibu ke ayah?,” tanya peminat.
“Mak. Asalnya nama Mira, mak abah nak namakan ‘Wardah’ sebab ustaz bagi nama itu.
“But mak suka nama panjang. Hence, Nur Amirah Filzah,” tulisnya merungkai di balik namanya.
Terdahulu, Mira merupakan anak kedua dari tiga beradik perempuan dan dia dilahirkan pada 2 April 1993.
Foto: Instagram Mira Filzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ada Kena Tendang Keluar Sebab Tak Boleh Bayar Sewa,” – Ramai Kru Terkesan, Erma Fatima Harap Pihak Berwajib Pertimbang Semula Syarat Aktiviti Penggambaran
Pelakon dan pengarah, Erma Fatima berharap agar pihak kerajaan dapat segera memperhalusi semula undang-undang yang telah ditetapkan ketika fasa pandemik Covid-19 ini lebih-lebih lagi bila melibatkan sektor industri kreatif.
Menurut Erma, kebanyakkan pemain industri ketika ini sudah tidak mampu lagi untuk berdiam diri dan kini mungkin sudah tiba masanya untuk kita membiasakan diri menjalani kehidupan normal meskipun kadar kes pandemik di negara ini masih belum menunjukkan tanda-tanda akan barkahir.
“Saya memohon agar pihak berwajib dapat berlaku adil dengan industri kami. Industri kita sangat kecil jika dibandingkan dengan industri luar.
“Memang benar kes Covid-19 sedang meningkat tapi kita sebenarnya sudah tiada masa lagi untuk lari dan menyorok. Sekarang adalah masa untuk kita berfikir bagaimana untuk hidup dalam keadaan Covid-19.
“Macam mana caranya untuk kita hidup dalam keadaan ini adalah dengan jaga SOP dan sebagainya. Sampai bila orang industri saya tak boleh bekerja. Perkara ini sangat penting,” katanya kepada MH.
Erma berkata sedemikian ketika sesi sidang media drama terbaru arahannya yang berjudul Lockdown secara virtual baru-baru ini.
Dalam pada itu, kakak kepada pelakon, Umie Aida ini turut mendedahkan keadaan ketika ini sudah cukup tenat buat para pemain industri terutamanya buat mereka yang bekerja secara ‘freelance’.
“Kita tak pernah wujudkan kluster lagi setakat ini tapi sekarang ini ramai kru-kru saya yang sengsara. Ada yang kena tendang keluar daripada rumah sebab tak boleh bayar sewa, kena potong elektrik dan ada yang merempat.
“Kita kerja pun maksimum 30 orang. Kalau tak nak bagi ramai-ramai pun boleh la tangguhkan dulu pengambaran filem. Tapi bagilah kami buat drama dulu supaya mereka semua dapat duit,” jelasnya lagi.
Drama, Lockdown mengisahkan mengenai 8 buah cerita berbeza yang bakal dipersembahkan menerusi paparan 10 buah episod yang diinspirasikan daripada latar sebenar kisah realiti sepanjang berlakunya pandemik Covid-19.
Penceritaan setiap kisah dalam drama ini turut menampilkan lakonan mantap penuh emosi oleh 23 barisan pelakon handalan antaranya Zara Zya, Beto Kusyairy, Nabila Huda dan ramai lagi.
Terdahulu, drama ini boleh ditonton pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam mulai 26 Julai 2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kisah Nabi Yang Memotong Bajunya Kerana…,” – Si Pencinta Kucing, Ini Nukilan PU Azman Buat Korang. Katanya…
PU Azman menerusi Instagram ada berkongsi mengenai kisah berbuat baik sesama makhluk, misalnya kucing.
Penceramah selebriti itu memaklumkan kita pastinya sering mendengar mengenai kisah para anbia dan kucing.
“Netizen yang dicintai. Kita selalu dengar kisah Nabi ada kucing nama Muezza.
Kisah itu tidak ada diriwayatkan dalam mana-mana kitab hadis muktabar.
“Begitu juga kisah Nabi yang memotong bahagian bajunya kerana tidak sanggup mengganggu kucing yang tidur di atas bahagian baju tersebut.
“Semua Kisah ini tidak sohih dan tidak ada asalnya.
“Tapi, walaupun kisah ini tak sohih, tak bermakna Nabi tak sayang kucing. Sebab banyak hadis Nabi yang sohih secara umum memerintahkan agar kita bersikap baik terhadap sesama makhluk. Antaranya ialah hadis bersikap baik dan ihsan dalam semua hal,” tulisnya.
Laku, perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai, khasnya daripada mereka yang menyayangi haiwan manja itu.
View this post on InstagramA post shared by PU Azman (@pu_azman) on
Foto: Instagram PU Azman, carian Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Tak Nak Dengar, Silakan Berambus,”-Penggunaan Bahasa Melayu Maryam Dikritik Netizen, Ini Luah Rasanya
Kehidupan pasangan pempengaruh media sosial, Maryam You Narae dan Ryzal Ibrahim sering menjadi perhatian netizen yang sering kali terhibur dengan kandungan-kandungan menarik yang dipaparkan menerusi saluran mereka, DurianKimchi.
Terbaharu menerusi laman Instagram miliknya, Maryam berkongsikan satu kiriman pesanan (direct message) yang dihantar kepadanya, mempertikaikan kebolehannya bertutur dalam bahasa Melayu.
Menurut Maryam yang merupakan warganegara Korea Selatan itu, dia sama sekali tidak kisah dengan kritikan tersebut malah meminta individu berkenaan untuk tidak melihat apa-apa content yang dibuatnya sekiranya tidak gemar dengan pemilihan bahasa yang digunakannya.
“Ramai orang cakap ‘you speaking BM make me annoying, better you speak English.’
“You annoying ke apa, itu bukan salah saya. Saya tak kisah. Tak tengok ke apa, suka hatilah.
“Kalau tak nak dengar, silakan berambus,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Maryam turut berkata dia sangat selesa bertutur dalam bahasa Melayu berbanding bahasa Inggeris dalam kehidupan sehariannya.
“Saya dah duduk Malaysia dua tahun lebih, saya cakap BM macam ni. Saya tak pernah ambil kelas bahasa atau pergi sekolah di Malaysia.
“Sebab saya suka belajar BM naturally. Itu sangat seronok dan senang ingat
“Saya lagi selesa cakap BM daripada English. Orang cakap English akan bertambah dalam dunia. Tapi orang cakap BM?
“Saya boleh cakap BM dengan bangga walaupun saya tak pandai sangat.
“Apa saja awak cakap, saya akan tetap guna Bahasa Melayu,” tulisnya lagi.
Maryam turut meninggalkan pesanan mendalam buat mana-mana individu yang gemar mengkritik penggunaan bahasa yang digunakannya dengan menulis, “sebelum betulkan bahasa orang, awak cakap melayu dulu, ke awak bukan orang Malaysia,” tulisnya.
Untuk rekod, Maryam dan suami, Ryzal berkahwin pada 2019 di Korea Selatan sebelum pasangan itu mengambil keputusan uuntuk pulang ke Malaysia setahun kemudian.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Rina yang kini berusia setahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI