
Penyanyi Ashira Aziz mengharapkan sinar bintangnya dalam industri seni tempatan tidak terus padam selepas kembali aktif sejurus menyertai Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7), tahun lalu.
Menurut Ashira atau nama Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz,36, dia juga terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang sudi menerbitkan single terbaharu buat dirinya.
“Saya tidak kisah, asal boleh bekerjasama dan saya bersedia. Kita boleh adakan perbincangan.
“Saya juga bersedia menerima apa saja undangan nyanyian atau persembahan serta program dalam usaha mencari rezeki,” katanya.
Popular dengan lagu Di Ombak Resah, dia tidak menolak sekiranya ada tawaran yang mahu menggandingkan dia dan suami, selain turut terbuka sekiranya ada tawaran lakonan yang bersesuaian selepas ini.
Diminta mengulas mengenai penampilannya yang kini sopan berhijab, Ashira akui dia kian tenang dan selesa dengan dengan imej yang dibawa.
“Alhamdulillah semakin serasi dan doakan saya terus menjadi lebih baik dari hari ke hari,” katanya lagi.
Selain Di Ombak Resah, Ashira turut tampil dengan beberapa single lain antaranya Jatuh Cinta, Selamanya Takkan Berakhir dan Buat Insan Tersayang, duet bersama Eddie Hamid.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Kira Banyak Atau Sikit Yang Kita Ada, Kalau…,” – Sup Tumpah? Refleksi Diri & Bersyukur, Faralyna Idris Kongsi Cerita

Hanya sekadar foto sup tumpah yang dikongsikan menerusi laman Instagramnya, namun melalui kejadian itu dia cuba untuk refleksi diri.
Mencari erti antara mensyukuri nikmat Allah atau sekadar satu kemalangan biasa.
Jelasnya, cabaran #14daysgratitudejournal mengajar dirinya untuk melihat kehidupan daripada satu perspektif yang berbeza.
“Mengapa ujian berlaku dan bagaimana menerimanya sebagai satu hikmah dalam kehidupan.
“Sup yang tumpah, bermakna kekurangan menu untuk dihidangkan. Namun jelasnya, baki sup yang tertinggal iaitu satu mangkuk dapat dimanfaatkan mereka sekeluarga dan dinikmati dengan penuh kesyukuran.
“Walau sedikit atau banyak, namun kadang kala kita tidak sedar sebenarnya Allah telah kurniakan lebih daripada apa yang kita impikan.
“Ada apa dgn gambar sup ni?
“Here is my posting for DAY 2 of the #14daysgratitudejournal challenge.
“Following the guideline the host gave, i should share about what i am grateful or TODAY ( in my case, sbb dah terlajak satu hari. So cerita pasal smlm lah tau. Because i dont wanna feel left out liddat)
“So, what happened? Bonda tak sengaja tertumpahkan banyak sgt sup, tinggal tak sampai separuh mangkuk pon. And kene share 3 org. Normally kalau makan nasi ada sup, mmg sup kene banyak sbb always rasa nanti tak cukup.
“But since smlm tinggal byk tu je, kita makan juga sorang sikit tanpa Bonda rasa nak ckp apa-apa ( biasalah, kadang tu ku bebel juga walaupun sebenarnye salah sendiri. BAD – jgn ikut. ) & Ya Allah cukup je sebenarnya banyak tu pon utk kitorg bertiga anak-beranak. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
“What im trying to say here is, we always feel that we have to have so many of every-single-thing, to be happy and to be grateful.
“Walhal, tak kira banyak atau sikit yang kita ada, kalau kita bersyukur, kita dah dapat lebih dari yang kita rasa cukup,” kongsinya.
Malah jelas pelakon ini lagi, berhenti membandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Walau apa pun yang diperolehi, rasa syukur akan mencukupkan segalanya.
“Stop comparing yourself with other people’s life. Apa yang dia ada, kita takda. Apa yang dia dpt, kita tak dpt. Walau kita rasa kita kecil, kita ada kekurangan, tapi dgn rasa penuh syukur tu, kita akan rasa kita cukup. Complete.
“Benda kecil je sebenarnya kan? Tapi tula, benda kecil macam ni yang kita selalu terlepas pandang nak buat.
“Bukan tak pernah dgr, byk kali je org sekeliling cakap kan? Tapi kita je saja saja buat lupa.
“Sama-sama kita, sentiasa rasa bersyukur.
——————————————————————— DAY 1 – Yesterday.
DAY 2 – Today.
DAY 3 – Yourself.
DAY 4 – Your Life Challenges/Scars.
DAY 5 – Your Choice.
DAY 6 – Your Achievement.
DAY 7 – Your Family.
DAY 8 – 3 Impactful Women In Your Life.
DAY 9 – Your Friends.
DAY 10 – Your Choice.
DAY 11 – Your Career/Colleagues.
DAY 12 – Your Hobby.
DAY 13 – Your Mentor/Idol/Inspiration.
DAY 14 – Your Faith.
#14daysgratitudejournal #gratitudechallenge #igchallenge,” tulisnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Faralyna Idris (@faralynaidris) on
Satu perkongsian yang cukup memberi inspirasi. Rasa bersyukur memberi nikmat kehidupan yang paling puas.
Foto : Instagram Faralyna Idris
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jujurnya Saya ‘Terseksa’ Dengan…,” – Dedah Sweet Qismina

Bukan kali pertama membintangi filem seram, namun pengalaman bersama filem Pusaka cukup beri pengalaman berbeza.
Jelas Sweet Qismina, agak sukar bagi dirinya untuk melupakan babak dirinya terpaksa menarik gumpalan rambut bersalut darah yang keluar daripada mulutnya kesan gangguan saat dirasuk saka.
“Jujurnya saya ‘terseksa’ dengan filem Pusaka. Babak rambut keluar daripada mulut tidak menggunakan kesan khas, sebaliknya saya terpaksa masukkan gumpalan rambut yang bersalut darah ke dalam mulut.
“Memang meloyakan sehingga tidak mampu untuk makan selepas itu.
“Bayangkan saya terpaksa menahan gumpalan rambut itu di dalam mulut dan tidak boleh menelan.
“Kemudian, saya perlu tarik keluar sedikit demi sedikit seperti muntah, sebagaimana yang dimahukan pengarah,” katanya.
Sweet berkongsi kisahnya ketika ditemui pada Malam Gala Pusaka di The Starling Mall.
Pelakon berusia 21 tahun ini turut mendedahkan bait-bait mantera yang dibaca juga merujuk kepada nama anak jin, sebagaimana yang diberitahu.
Lalu, atas sebab itulah dia turut melakukan persediaan sepenuhnya sebelum masuk ke set penggambaran.
“Mantera yang disebut adalah nama anak-anak jin yang tidak elok dan disebabkan itu, sebelum masuk set penggambaran, saya menyediakan perlindungan diri seperti bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
“Jujurnya ada babak yang agak menyeramkan dan saya sendiri merasa kebas dan tidak sedap badan apabila menyebut mantera tersebut.
“Menjadi kerisauan sebenarnya apabila terlalu menjiwai mantera kerana takut sesuatu yang lain pula berlaku. Apa pun, ia hanyalah lakonan,” jelasnya lagi.
Pusaka yang bakal ditayangkan di pawagam 31 Oktober depan turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Ahmad Daud, Faizal Hussien dan ramai lagi.
Diarahkan Razaisyam Rashid, Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director’s Think Thank dan persembahkan oleh produksi Alpha 47.
Foto: Instagram Sweet Qismina
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sultan Selangor Berkenan Tarik Balik Darjah Kebesaran Dato’ Sri Najib Razak Dan Datin Seri Rosmah Mansor

Akibat terlibat dalam jenayah salah guna kuasa, pecah amanah dan penggubahan wang haram, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah berkenan menarik balik Darjah Kebesaran Negeri Selangor yang sebelum ini telah dikurniakan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia dan isteri, Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansur.
Dalam satu kenyataan media yang dimuatnaik di laman rasmi Facebook, Selangor Royal Office melalui Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Haji Haris bin Kasim memaklumkan bahawa tiga individu termasuk Najib dan Rosmah ditarik balik darjah kebesaran tersebut.
Menurut beliau, “Keputusan berikut telah dibuat selepas Baginda mempengerusikan Mesyuarat Khas Dewan Diraja Selangor di Balai Dewan Diraja, Istana Alam Shah, Klang, dan berunding dengan Ahli-ahli Dewan Diraja Selangor.”
Dalam kenyataan tersebut lagi, Dato’ Haji Haris bin Kasim menjelaskan mengapa darjah kebesaran kedua-dua mereka ditarik balik. “Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah dikurniakan Keahlian Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) Kelas Pertama yang membawa gelaran Dato’ Seri pada tahun 2004 dan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) Kelas Kedua yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 1992.
“Beliau telah didakwa di Mahkamah Tinggi di atas beberapa pertuduhan yang melibatkan kes salah guna kuasa, pecah amanah dan penggubahan wang haram ke atas dana SRC International Sdn. Bhd. Pada 23 Ogos 2022, Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap beliau yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.
“Maka dengan ini, atas sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap beliau, Keahlian beliau sebagai penyandang Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) Kelas Pertama yang membawa gelaran Dato’ Seri dan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) Kelas Kedua yang membawa gelaran Dato’ adalah ditarik balik dan dibatalkan berkuat kuasa pada 12 September 2022.
“Datin Seri Rosmah binti Mansur telah dikurniakan Keahlian Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) Kelas Pertama yang membawa gelaran Datin Paduka Seri pada tahun 2005. Beliau telah didakwa di Mahkamah atas tiga pertuduhan yang melibatkan kesalahan meminta dan menerima rasuah. Pada 1 September 2022, Mahkamah Tinggi telah mensabitkan dan menjatuhkan hukuman terhadap beliau atas semua pertuduhan yang dihadapkan kepadanya.
“Maka dengan ini, atas sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap beliau, Keahlian beliau sebagai penyandang Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) Kelas Pertama yang membawa gelaran Datin Paduka Seri adalah ditarik balik dan dibatalkan berkuat kuasa pada 12 September 2022,” katanya.
Penarikan balik darjah kebesaran itu berkuat kuasa pada 12 September 2022, selaras dengan kuasa prerogatif Baginda di bawah Perkara XXXVII dan Perkara XXXIX Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959 serta Statut Darjah Kebesaran yang berkaitan dan konvensi yang diamalkan di Negeri Selangor.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Sumber: Selangor Royal office
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI