Selepas pemergian suami tercinta yang juga merupakan aktor asal Malaysia, Ashraf Sinclair, penyanyi dan pelakon Indonesia, Bunga Citra Lestari akui banyak perkara yang harus dipertimbangkan sebelum memutuskan untuk membuka hatinya kembali.
Menurut Bunga, mereka yang ingin mendekatinya harus menerima hakikat bahawa Allahyarham Ashraf akan sentiasa berada ditempat paling istimewa di dalam hatinya.
“Bercakap tentang menjalinkan hubungan baru, pertama sekali, individu tersebut harus terima yang Ashraf akan sentiasa bertahta di hati saya sampai bila-bila.
“Kena terima hakikat itu dahulu. Kalau boleh faham, barulah mereka boleh mencuba berkawan dengan saya. Kadang-kadang sesetengah lelaki susah untuk menerima hal ini,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, ibu kepada seorang cahaya mata ini mendedahkan dirinya tidak menolak dan tetap terbuka untuk berkenalan dengan orang-orang baharu.
Ads
“Sama ada membuka hati atau tidak, itu bergantung bagaimana cara mereka mendekati saya. Kita boleh bermula sebagai kawan dan cuba mencari keserasian. Kemudian, barulah kita tahu sama ada sesuai atau tidak.
“Tetapi perasaannya tidak akan pernah sama seperti dulu. Saya bukannya mencari pengganti. Tidak akan ada yang boleh menggantikan Ashraf.
“Namun, saya terbuka mencari kawan untuk bercakap. Selepas pemergian arwah, lapan bulan saya tidak bercakap dengan sesiapa. Sekarang saya banyak luangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan.
“Saya juga tidak memaksa diri untuk bertemu dengan orang baru dan saya juga tidak memaksa diri untuk tidak bertemu dengan seseorang. Saya hanya jalani hidup yang telah ditentukan oleh Allah SWT,” kongsinya lagi.
Ads
Bunga atau lebih mesra disapa BCL berkata sedemikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Blossom Bunga Citra Lestari pada Rabu.
Katanya lagi, dia kini hanya mahu menjalani hidup seperti yang telah diaturkan oleh Allah SWT.
“Mencari pasangan ketika masih bujang dan selepas kehilangan suami memang sangat berbeza. Prosesnya panjang dan tak semudah seperti mencari pasangan ketika umur saya 20 tahun.
Ads
“Usia saya dah meningkat dan punyai anak. Banyak perkara yang harus dipertimbangkan terutamanya keluarga saya dan Ashraf.
“Kalau ada yang bersedia untuk berhadapan dengan semua hal-hal ini, barulah saya serahkan segalanya kepada takdir,” akhirinya.
Terdahulu, Bunga telah mendirikan rumah tangga bersama Ashraf pada tanggal 8 November 2008.
Hasil perkongsian hidup ters pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Noah Sinclair.
Bagaimanapun, Ashraf telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada pelakon Ammar Alfian, Nelissa Nezam meluahkan rasa gembira kerana telah selamat melahirkan cahaya mata sulung pada 31 Julai lalu.
Malah, Nelissa turut merasakan perkara tersebut bagaikan mimpi kerana dikurniakan cahaya mata comel bernama Kyro Shakur.
“Love at first sight.. This was taken probably an hour after giving birth when it all felt so surreal!
“Still can’t believe I’m a mom now but I couldn’t be happier. Oh and hello to sleepless nights,” tulisnya sambil disertakan gambar selesai proses bersalin.
Sementara itu, netizen telah memberi pujian buat Nelissa kerana tetap menjaga penampilan meski selesai melahirkan anak.
Terdahulu, Nelissa dan Ammar yang juga pelakon filem Paskal mendirikan rumah tangga pada Mac 2016.
Pasangan ini dikurniakan seorang bayi lelaki, Kyro Shakur yang kini berusia tujuh hari.
Bagaimanapun, beberapa bulan sebelum kelahiran permata hati pertama mereka, Nelissa mengejutkan ramai apabila membuat pendedahan di media sosial, mendakwa suaminya itu telah berlaku curang.
Foto : Instagram Nelissa Nezam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan komposer, Muhammad Raziq Rosli atau lebih dikenali Zynakal berkongsi cerita mengenai statusnya iaitu seorang anak angkat yang dijaga ibu angkat sejak bayi.
Malah, bintang berusia 22 tahun ini tidak pernah mengenali ibu dan bapa kandungnya sendiri.
“Sebenarnya saya anak angkat (anak tunggal), saya ada lapan orang adik beradik dimana saya tak kenal mereka. Saya juga tak kenal ibu bapa saya.
“Saya dapat tahu perkara ini ketika saya berumur 10 tahun. Ketika itu saya mencuri alat permainan yoyo dan kemudian saya dibawa ke balai.
“Ibu (ibu angkat) saya ketika itu nampak tertekan dan terus berkata “kau tahu tak kau tu anak angkat?” kongsinya menerusi video di Yotube Indigital Music.
Dalam masa sama, anak kelahiran Pulau Pinang ini mengakui bahawa kasih sayang seorang ibu bagaikan sudah ‘hilang’.
“Lantas, saya menangis dan saya dapat rasakan aura kehilangan seorang ibu.
“Ketika itu, saya lihat perasaan seorang ibu itu ‘hilang’ dalam diri saya,” jelasnya.
Mendedahkan hal sebenar, dia turut berkongsi cerita saat ‘pertukaran’ anak dilakukan antara ibu kandung dan ibu angkatnya kini.
“Percubaan untuk mencari ibu kandung saya buat masa sekarang ini belum lagi. Cuma saya dapat tahu ibu kandung saya ialah seorang pengemis.
“Ibu angkat saya berjumpa dengan ibu kandung saya ketika melahirkan saya. Jadi, ibu angkat yang tolong ibukandung saya untuk menjaga saya,” jujurnya yang memulakan karier sebagai komposer lagu Sabar, nyanyian Ismai Izzani.
Merancang mahu mencari ibu bapa kandungnya, Zyn bagaimanapun mahu menangguhkan hasratnya itu terlebih dahulu kerana mahu membalas jasa ibu angakatnya terlebih dulu.
“Perancangan untuk mencari ibu bapa kandung itu memang ada, Insyallah kalau ada rezeki
“Tapi buat masa sekrang saya tangguh dulu kerana saya sedari saya belum mampu balas jasa ibu angkat saya lagi
“Yelah ibu angkat pun dah jaga saya sejak kecil, kalau tak ada dia, tiadalah saya disini,” akhirinya.
Ikuti kisah penuh penyanyi lagu Sakit ini menerusi video di bawah:
Video : Youtube Indigital Music
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!