Siapa yang tak gembira kalau nak terima ahli baru dalam keluarga kan? Begitu jugalah yang dirasai oleh pelakon, Ashraf Sinclair yang bakal menerima adik ipar baru dalam keluarganya, hujung minggu ini.
Katanya, dia gembira melihat adiknya, Adam Sinclair bakal menamatkan zaman bujangnya itu dengan wanita pilihan hatinya, Yuna.
“Saya gembira untuk menerima Yuna dalam keluarga kami dan akhirnya Adam akan berkahwin.
“Yuna seorang gadis yang manis, saya mengenalinya selepas Adam bawa memperkenalkannya kepada saya.
“Bagi saya cinta tak kenal siapa. Tak penting untuk tahu siapa Yuna dan siapa pun Adam kerana yang penting jodoh sudah pertemukan mereka,” katanya kepada Astro Gempak.
Tambahnya Ashraf lagi, keluarganya kini sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan Adam dan Yuna yang dijangka berlangsung pada Ahad ini.
Dia juga yang kini berada di Malaysia untuk mempromosikan naskah DO[S]A juga telah mengambil cuti untuk meraikan majlis tersebut bersama keluarga.
“Sekarang ini keluarga sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan.
“Saya teruja apabila acara sebegini kami semua dapat berkumpul dan bergembira,” katanya lagi.
Apa-apapun, MH ucapkan tahniah pada keluarga mereka untuk menerima orang baru dan semoga segala yang dirancang untuk majlis tersebut berjalan lancar.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI