Asingkan Diri & Berhubung Melalui Kaca Tingkap, Ucapan YB Khairy Jamaluddin Sempena Hari Lahir Anak Buat Netizen Tersentuh

Share

Ketika rakyat Malaysian diperintah untuk duduk di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, ada di antara kita yang harus keluar bekerja terutamanya individu ‘barisan hadapan’.

Hal ini adalah untuk memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan stabil dan terkawal.

Terbaru, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin ada berkongsi sebuah kisah dia hanya dapat menatap anak-anaknya di balik tingkap selepas dia memutuskan untuk mengasingkan diri kerana bekerja di luar.

Tambah memilukan, semalam merupakan hari lahir anaknya, Raif yang ke lima tahun.

“Happy 5th birthday, my little lion man.

“Disebabkan papa kena keluar bekerja, papa mengambil keputusan untuk mengasingkan diri apabila pulang ke rumah.

“Ini adalah untuk memastikan semua orang selamat (terutamanya nenek!), tulisnya.

Tambah YB Khairy yang mesra disapa Abah itu, dia berasa amat sedih kerana tidak dapat bersama anaknya itu sebagai langkah berjaga-jaga supaya wabak COVID-19 ini tidak merebak.

Rasa sedih itu diluahkan menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.

“Ia membuatkan papa berasa sedih kerana  tidak dapat memeluk dan cium kamu hari ini, dan kita hanya boleh berjumpa melalui tingkap.

“Bila kamu dah besar nanti, papa akan ceritakan bagaimana semua orang ketika ini memainkan peranan masing-masing untuk menolong antara satu sama lain.

“Love you, my Raif!,” kongsinya.

Melihat di ruangan komen rata-rata netizen tersentuh dengan perkongsian YB Khairy ini, malah turut menitipkan ucapan selamat hari lahir buat anaknya itu.

Sumber: Instagram YB Khairy Jamaluddin

Published by
Aizam Manaf