Nama menantu kepada pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Aslam menjadi perhatian sejak semalam apabila wujud satu akaun TikTok, @aslamgrab yang sekaligus mendedahkan lelaki itu mencari rezeki bersama sebuah syarikat e-hailing.
Menerusi perkongsian tersebut, akaun berkenaan memuat naik foto Aslam yang dilihat mengenakan baju dengan memegang topi keledar syarikat e-hailing berkenaan.
“Ye lah saya bawa Grab je,” tulis pada di ruangan kapsyen ringkas.
Sementara itu dalam hantaran berasingan, akan sama turut memuat naik video pendek yang merakamkan Aslam memberi salam dan meminta orang ramai untuk mengikutinya di TikTok.
“Hai, assalamualaikum, saya Aslam, follow akaun TikTok baru saya,” katanya.
kedua-dua hantaran terbabit menerima ratusan tontonan warganet, namun tidak dalam dipastikan sama ada ia adalah akaun milik Aslam atau sebaliknya.
Sebelum ini, nama Aslam hangat diperkatakan selepas berkahwin dengan anak Abby dan Norman Hakim, Marrisa Dania, di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.
Aslam dikatakan berkahwin tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertamanya, Umisya Mazlan.
Ads
Malah, pernikahan terbabit berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa Dania.
Bagaimanapun, kemelut itu berakhir selepas Aslam tampil bertemu dengan keluarga mentuanya awal Aidilfitri lalu sekaligus mencetuskan tular di media sosial.
Ads
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Teka-teki jantina bayi pelakon Raja Farah Raja Aziz kini sudah terjawab.
Jawapannya ialah ‘It’s a boy!’. Berita gembira itu dikongsikan Farah sendiri di Instagramnya yang telah selamat melahirkan bayi lelaki semalam seberat 3.45kg.
“Assalammualaikum semua…Alhamdulillah…we’re now 4… ☺ ????
“Syukur Alhamdulillah…we are so happy to announce the arrival of our 2nd son..Alhamdulillah…everything went well..
“7th April 2019 • 6:15pm • 3.45kg • boy • normal delivery
“We would like to thank every single of you for all the doa & warm wishes..we really appreciate it…thank you..much love from us,” tulisnya.
Penyampai radio Era, Haniff Hamzah dan Ean Nasrun dari Hitz kini sudah menamatkan khidmat di stesen radio masing-masing sebelum tamat kontrak.
Perkara tersebut diumumkan Astro Radio menerusi kenyataan media, hari ini.
Haniff yang juga penyampai ‘Petang ERA’, telah memberikan suasana ceria kepada pendengar dengan penuh karisma dan gaya kemesraan yang tersendiri.
Sementara Ean, telah menjadi tonggak ‘Kru Pagi HITZ’ selama lebih sedekad sebelum ini, konsisten menghiburkan pendengar dengan penuh semangat.
“Kedua-duanya meneruskan kerjaya radio mereka ke peluang lebih baharu.
“Walaupun sukar untuk mengucapkan selamat tinggal, kami tetap mendoakan mereka agar terus berjaya dalam apa jua mereka lakukan.
“Astro Radio berbangga dengan pencapaian mereka kerana sumbangan mereka amat luar biasa dan terus menjadi kenangan terindah dalam keluarga kami,” tulis kenyataan terbabit.
Astro Radio sebelum ini sinonim dalam melahirkan bakat luar biasa dalam industri penyiaran radio dan pihaknya terus komited untuk bawa hiburan terbaik kepada pendengar.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan usahawan, Neelofa merupakan seorang pengacara yang terkenal dan sering menjadi perhatian peminat.
Bersempena dengan sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-62, Noor Neelofa Mohd Noor atau sinonim dipanggil Neelofa telah memberi kata-kata ucapan patriotik.
“I can’t imagine a world without nasi lemak, teh tarik, roti canai or basically anything I can get at any hour.
“I am proud to celebrate as a Malaysian with the culture and history we pride on. Selamat Hari Merdeka! #merdeka #sayangimalaysiaku,” tulisnya bekas juara Dewi Remaja 2010 ini.