Penyanyi Asmidar mengakui ada peminat yang meneka dirinya sebagai antara individu yang disebut-sebut sebagai calon peserta program realiti Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) tahun ini.
Asmidar bagaimanapun mengesahkan dia tidak tersenarai sebagai antara peserta program itu pada musim ini.
“Sebenarnya ada beberapa yang bertanya sama ada saya sertai GV tahun ini atau tidak, tapi jawapannya saya tak masuk pun, mungkin tahun akan datang. Siapa tahu.
“Apa pun, saya ucapkan selamat maju jaya kepada peserta yang sertai GV tahun ini” kata penyanyi yang sinonim menerusi lagu Biar Sampai Ke Bintang ini.
Menurut Asmidar, dia tidak akan menolak seandainya diberikan peluang untuk bertanding pada program itu satu hari nanti.
Ads
“Saya tak boleh nafikan platfrom GV mampu beri impak kepada artis untuk buat kemunculan semula. Kalau ada rezeki, diberikan peluang untuk bersaing selepas ini mengapa tidak?,” katanya lagi.
Asmidar mulai terjun dalam dunia seni sejurus bergelae juara program realiti, Vokal… Bukan Sekadar Rupa lebih 10 tahun lalu.
Sebelum itu, Asmidar juga merupakan Naib Juara Bintang RTM 2001. Turut bersaing pada ketika itu ialah Azharina (juara), Misha Omar dan Allahyarhamah Siti Sarah.
Terdahulu, senarai 13 penyanyi yang terdiri dari Malaysia, Singapura dan Indonesia sebagai peserta GV musim terbaru sudah pun diumumkan dalam satu sidang media, pada Rabu.
Ads
Enam daripadanya ialah peserta solo lelaki, lima wanita termasuk dua tampil secara duo atau berkumpulan.
Peserta lelaki terdiri daripada Aweera, Azan (Scan), Datuk Fazley Yaakob, Shidee, Bandi Amuk dan Alif Aziz mewakili Singapura.
Sementarq lima peserta wanita ialah Adibah Noor, Ani Mayuni, Suki, Nikki dan Upiak Isil dari Indonesia. Manakala, peserta duo adalah Nico dan dua pelawak senior iaitu Saiful Apek dan Yassin mewakili Kumpulan Senario.
Ads
Musim ini juga masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem permarkahan 100 peratus juri profesional.
Barisan juri tetap terdiri daripada pengarah muzik tersohor, Datuk Ramli MS, penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang dan guru vokal berpengalaman, Datuk Syafinaz Selamat.
Edisi kali ini turut mengekalkan pengacara musim terdahulu iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Konsert mingguan GV8 akan mula berlangsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap Ahad, jam 9 malam mulai 21 November 2021 ini dan disiarkan Astro Ria.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Betul juga apa yang netizen cakap, tak apa. Biarlah dulu.” Itu reaksi yang diberikan pelawak dan penyampai radio, Shuib selepas diminta mengulas mengenai tawaran kurniaan untuk bergelar ‘Datuk’ dari sebuah negeri yang diterimanya, bulan lalu.
Percaya kepada rezeki, suami kepada penyanyi Siti Sarah ini juga memilih untuk tidak terlalu bercerita mengenai hal tersebut selepas mendapat reaksi pelbagai peminat.
“Kalau boleh, saya tidak mahu mempersebarkan mengenai isu tersebut. Saya ni orang biasa sahaja, kalau ada rezeki untuk diberikan pangkat itu, adalah.
“Kalau tidak ada pun tidak mengapa, tiada masalah,” katanya kepada MH.
Pengusaha jenama minuman, Bubble Bee ini juga turut menzahirkan ucapan terima kasih atas setiap maklum balas yang diberikan semua terhadap perkara berkenaan.
“Setiap individu ada hak untuk berikan pendapat masing-masing. Saya akur dengan hal tersebut dan terima kasih jugalah atas segala sokongan.
“Tetapi bagi saya, dalam hidup kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok hari, apatah lagi lusa.
“Cuma jika itulah ketentuanNya, misal kata dalam tahun ini saya mendapat juga kurniaan Datuk, itu rezeki dari Allah SWT.
“Saya terima. Kalau tidak ada pun, tidak mengapalah,” katanya lagi.
Sebelum ini, Shuib pernah mendedahkan dirinya ada mendapat tawaran tersebut daripada sebuah negeri.
Dia bagaimanapun masih pertimbangkan tawaran berkenaan memandangkan dirinya masih lagi terikat dengan beberapa komitmen kerjaya.
Dalam perkembangan lain, Shuib baru sahaja melancarkan cawangan kelapan Bubble Bee di Senawang, Negeri Sembilan, pada Ahad.
Menjadi outlet pertama di luar Lembah Klang, Shuib bersama rakan niaga di outlet terbabit, Nik Ruasma Nik Ahmad Ruzi turut optimis terhadap sambutan luar biasa yang diberikan penduduk setempat.
Selebriti dan usahawan, Tya Ariffin selamat tiba di tanah air setelah menunaikan umrah di kota suci Mekah, pada awal pagi Isnin.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Tya turut memuat naik beberapa keping dirinya yang selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Meski tempoh perjalanan pulang dari Arab Saudi ke tanah air agak lama kerana ia perlu melalui proses dalam norma baharu, Tya bagaimanapun bersyukur kerana semua telah dipermudahkan.
“Alhamdulillah finally home Panjang perjalanan dan perjuangan nak balik Malaysiaaaaaa. Dari Saudi-nya dan Malaysia-nya, hufftt.
“Tak boleh nak type panjang2 karna memang panjang ceritanya,” tulisnya.
Di samping itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini memaklumkan dirinya akan menjalani tempoh kuarantin setelah pulang daripada luar negara lalu memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan buat dirinya.
“Just nak ucap Syukur Alhamdulillah dan terimakasih pada semua yang membantu dan berdoa untuk Tya Say hi to Quarantine,” tulisnya lagi.
Foto: Instagram Tya Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terbaru, pelakon Yatt Hamzah ada memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menerusi gambar tersebut, Yatt atau nama sebenarnya Norhayati Hamzah memaklumkan dia bakal berangkat ke negara Kemboja, hari ini bagi menyertai misi Qurban dan bantuan di negara berkenaan.
“Bonda nak pergi misi Qurban dan Bantuan di Kemboja. Muka nampak happy dan tenang tapi di dalam, hanya Allah yg tahu.
“TQ suami & Anak2 Solehah Bonda #theSucis hantar Bonda ke Airport. Please be good. See u again in 4 days. In shaa Allah.
“Kepada yg buat Qurban dg K-MAIWP tahun ni, Amanah kalian akan kami usaha melunaskan. Mohon doa yg baik2 ya.
“Seriously dah lama x pg misi sbb Anak2 msh kecil. Tp Allah suruh pg kali ni. Allah jaga Anak2 Bonda walaupun hati ni berat. Rabbi Yassir Wala Tuassir.
“Rasa bersemangat sbb pakai baju misi #mapim suami. Harap dpt aura kekuatan suami setiap kali pg misi.. TQ suami,” tulis bintang berusia 39 tahun ini.