Ibu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey dan Ali Puteh, Sabariah Arshad meninggal dunia di Hospital Selayang pada tengah malam semalam (Khamis).
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) kira-kira jam 11.54 malam.
Memetik Gempak, wakil keluarga Ali Puteh berkata, Allahyarham dimasukkan ke zon kritikal (zon merah) pada Selasa lalu kerana serangan asma.
Allahyarham juga telah ditidurkan dan menggunakan alat bantuan pernafasan.
“Ali dan adik lelakinya sedang menuju ke hospital untuk urusan membawa jenazah pulang ke rumah, manakala kakak dan isteri Ali tinggal di rumah untuk menguruskan apa yang patut.
“Urusan lain seperti memandikan jenazah dan pengebumian belum diketahui infonya,” kata wakil tersebut.
Terdahulu, Allahyarham pada Disember tahun lalu pernah dimasukkan ke hospital sama kerana serangan asma dan menggunakan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu, Ali menerusi hantaran terkini di Instagram turut memaklumkan mengenai perkhabaran tersebut selain meminta ramai mendoakan arwah ibu tercinta.
“Assalamualaikum, mak saya telah pergi mengadap Ilahi. Doakan buat mak saya ye semua, mak jumpa abang di sana ye,” tulis Ali pada ruangan kapsyen.
Serentak dengan perkongsian itu, wargamaya turut menitipkan bacaan al-Fatihah serta ucapan takziah buat Ali sekeluarga.
Sumber: Astro Gempak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ciuman Ibu Dapat Gugurkan Dosa Kecil Anaknya,”- Ian Haziq Kian Dewasa, Jasmin Hamid Sayang Anak Hingga Jannah
“Hebat bukan?”. Itu antara trademark yang paling sinonim dengan pelakon senior, Jasmin Hamid.
Sering berkongsi aktiviti harian dan gambar anak-anaknya, terbaru bintang filem Suamiku, Encik Perfect 10 itu ada berkongsi momen indah saat memberi kejutan buat anaknya, Ian Haziq Macquistan.
“4 APRIL 2019..
Ini bukan lari-lari anak tapi lari-lari Ibu sebab nak surprise kan Big Boss ..syukur tak terjelabak..
“Syukur alhamdulillah kerana Allah panjangkan usia anakku Big Boss @ihmian hingga hari ini.. Ibu hanya bagi DOA dan kasih sayang sebagai hadiah buat anak Ibu.. CIUMAN SEORANG IBU dapat gugurkan dosa-dosa kecil anaknya ..Redho Ibubapa, Redho Allah.. Love you till jannah,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on
Meski Ian atau nama manjanya Big Boss, sudah mencecah 18 tahun, namun Jasmin perlu bersedia kerana satu hari nanti Ian akan mempunyai keluarga sendiri.
“Ye betul.. Big Boss memang anak mak, bukan anak sesiapa.. Big Boss @ihmian makin membesar.. Tapi bagi saya, Big Boss tetap baby saya sampai bila-bila..
“Cuma saya kena ready bahawasanya satu hari nanti, pasti Big Boss akan ada keluarga sendiri.. Walau macamana pun, SYURGA anak lelaki tetap di bawah kaki ibunya.. Setiap Ibu pasti inginkan anaknya menjadi ANAK SOLEH dan berjaya dunia dan akhirat.. Itu DOA IBU dan lebih utama! Happy Birthday Big Boss,” tulis Jasmin.
View this post on InstagramA post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on
Dalam perkembangan lain, Ian kini sedang aktif berlakon drama Patah Sayap Bertongkat Paruh di Astro Ria dan Astro Ria HD.
Malah, barisan selebriti seperti Fasha Sandha, Aaron Aziz, Elly Mazlein, Amelina dan ramai lagi turut membintangi drama arahan Along Kamaluddin.
Foto / Video : Instagram Ian Haziq
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pengalaman Sebelum Ni, Ada Je Yang Tak Senang,”- Bimbang Mulut Jahat Orang, Nadya Syahera Sorok Kehamilan Anak Ke-3
Pelakon dan pelawak, Nadya Syahera berkongsi khabar gembira selepas memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak ketiga.
Bagaimanapun, Nadya memaklumkan dia mempunyai sebab yang tersendiri mengapa dia memilih untuk merahsiakan mengenai kehamilannya itu sehinggalah dia melepasi fasa trimester pertama.
Menurut Nadya, dia terpaksa menyembunyikan perkara tersebut kerana bimbang dengan tanggapan jahat dan kata-kata negatif daripada orang sekeliling.
“Kita MERANCANG Tapi Allah Sebaik-baik PERANCANG. Yess! number 3 is on the wayyy. Alhamdulillah. First tau pregnant nervous risau, tak sangka tapi tetap teruja nak lalui fasa-fasa pregnant ni.
“Mula-mula ingat sebabkan vaksin period tak betul, sekaliiiiii haa kau.
“Ada juga rasa risau mulut-mulut orang, tanggapan-tanggapan jahat, kata-kata yang kurang sihat untuk didengar sebab based on my pengalaman before, ada je orang yang tak senang dengan khabar gembira kita kan.
“Cakap itu ini yang buatkan I tak happy dengan hal yang sepatutnya I happy. Soooo, Thats why I simpan duluuuu,” tulisnya.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh selebriti yang popular menerusi rancangan, Opocot Melatah itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Sementara itu, Nadya turut memberitahu, dia dan kandungannya kini berada dalam keadaan yang sangat baik meskipun pada awalnya dia dikatakan ada mengalami simptom alahan yang agak teruk.
“Sickness dan mood naik turun tu dah habis kot, cuma awal-awal haritu diuji alahan teruk lepas tu tambah pula dengan ‘benda pelik’ buatkan I lembik tak boleh makan dengan baik almost two month.
“Sekarang ni second trimester dah. I enjoy je buat dan makan je apa I nak. Doakan i takde dah alahan, sihat dan dipermudahkan sampai lah baby keluar next year tau. After empat tahun nak beranak pulak weyyyyyyy. Sis nervous,” ujarnya lagi.
Dikesempatan itu juga, Nadya turut menitipkan doa agar nikmat ini akan turut sama dapat dirasai buat para pasangan suami isteri yang kini sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat.
“Oh ya, masa I dapat tau I pregnant tu, terus terdetik dekat hati, I doa supaya Allah hadiahkan dan hadirkan jugak khabar gembira macam ni untuk mereka-mereka yang masih berusaha untuk dapatkan zuriat. InsyaAllah usaha, doa dan tawakal okay,” akhirinya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Nadya dan kandungannya akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
“Alhamdulillah, semoga Allah lindungi Kak Bed dan keluarga.
“Alhamdulillah, congrats Kak Bed. Semoga dipermudahkan segala urusan. Harapnya Kak Bed dan baby akan terus kuat dan sihat.
“Alhamdulillah, congrats Nad. Take care and stay safe,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Untuk rekod, Nadya mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Hafizul Nawi pada 25 September 2015.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu menimang dua orang cahaya mata, Aleena Rose, 4, dan Mohamad Dayyan, 3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Nadya Syahera
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ia Satu Investment! Jadi Saya Amat Pentingkanya..” – Qasrina Karim
Mengorak langkah dan mula mengukir nama sebagai model muslimah, sebelum namanya menjadi tular dek kerana mempunya rupa paras persis pelakon jelita, Mira Filzah.
Nama pelakon yang masih hijau, Qasrina Karim semakin mendapat perhatian di dalam industri seni Malaysia, malah kian memuncak setelah membintangi drama bersiri terbaru, berjudul My Famous Ex-Boyfriend yang ditayangkan di slot Megadrama, Astro Ria.
Rahsia Qas Sentiasa Cantik Dan Bertenaga!
Qasrina yang lebih mesra disapa sebagai Qas bukan sahaja menjadi perhatian orang sekeliling dengan wajah yang manis dan ayu. Ramai yang mengidolakan gadis ini kerana keterampilannya sebagai wanita hijabi yang sopan dan cantik.
Pasti ada dikalangan peminat khususnya, gegadis diluar sana yang ingin mengetahui rutin kecantikan Qasrina, yang sentiasa tampil elegan dan ‘on point’ meski pun sedang sibuk melunaskan tanggungjawab kerjaya. Apa agaknya rahsia Qas ya?
Ketika ditemubual MH, Qas menjelaskan bahawa dia tidak pernah culas melakukan rutin kecantikannya, walaupun sibuk. Katanya, itu merupakan satu investment jangka panjang bagi kekalkan kecantikan diri sebagai seorang selebriti dan juga Public Figure.
Kecantikan Satu Investment Besar!
“Kecantikan ini satu investment jadi saya amat pentingkan penjagaan kulit wajah.
“Walau sibuk macam mana pun, skincare is a must kerana itu satu kepentingan dalam menjaga kecantikan diri.” ujarnya.
Apabila disoal mengenai tip atau bahan alami yang digunakan, Qasrina akui dia mengambil suplemen untuk membantu mengekalkan kemulusan kulit wajahnya seperti vitamin C selain untuk kekal bertenaga.
Malah, dia juga gemar mengambil buah-buahan sebagai bahan semula jadi untuk tubuh badannya.
“Suplemen yang saya ambil adalah Vitamin C, tak perlu tambahan yang lain kerana ia cukup berikan kecergasan buat badan sebab sering rasa penat bila shooting.
“Saya juga suka makan buah-buahan seperti Blueberi, Strawberi dan juga Salad. Ia menjadikan diet seimbang untuk tubuh badan dan kulit wajah!” katanya lagi.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber Foto: Instagram Qasrina Karim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI