“Assalamualaikum! Nama Saya Fateema Azzahra,” – Lahir Pada 21 Syawal Lalu, Saharul Ridzwan Kongsi Nama ‘Baby Girl’m

Share

Pelakon Saharul Ridzwan memperkenalkan nama puterinya, Fateema Azzahra menerusi satu posting terkininya di Instgram.

Foto yang dirakam secara penuh wajah comel bayi perempuannya itu juga turut mendapat reaksi positif peminat pada ruangan komen.

“Assalamualaikum! Nama saya Fateema Azzahra. Puteri kesayangan Baba and Mummy. Semangat kan? Hehehe. Agak2 korang dah 1 bulan 16hari ni berapa berat dah Fateema?,” tulis Saharul.

Posting berkenaan telah pun mendapat tanda suka lebih 15,000 kali oleh wargamaya.

Sekadar info, Saharul mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Qaabila pada 16 September 2016.

Terdahulu, pasangan ini telah pun dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Luth Ali, yang kini menginjak usia 2 tahun.

Foto: Instagram Saharul Ridzwan

 

Published by
MH