Berikutan kes produk kosmetik yang mendapat perhatian ramai, suami Syafiqah Aina, Hafiz Mahamad mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen di laman Instagram miliknya.

Bermula semalam, ada beberapa posting terbaru hafiz di laman Instagram miliknya kelihatan tiada akses meninggalkan komen.

Dalam pada itu, menerusi posting terbarunya di Instagram, MH lihat Hafiz memuat naik satu post yang direpost daripada sahabatnya, Carla Samsudin mengenai isu yang melanda dirinya.

Ads

Asyik Kena ‘Bash’ Isu Serum, Hafiz Mahamad Tutup Ruangan Komen di Instagram

Ads

“#Repost @carlsamsudin. Kerap tak kita lihat bangsa lain selain bangsa kita sendiri bash, hentam, kutuk, condemn bangsa kita sendiri di social media Facebook, Twitter dan Instagram?

“Kita sendiri tahu betapa hebatnya social media ini yang mana boleh menaikkan seseorang atau menjatuhkan seseorang dalam sekelip mata. Dan kita juga tahu social media ini juga boleh mewujudkan satu persekitaran positive dan juga negative – begitu juga mereka yang TERlahir dari persekitaran tersebut.

“Adakah bila kita bash seseorang itu untuk kita sebenarnya mendapatkan perhatian? Adakah kita bash seseorang untuk kita mendapat retweet, repost dan share supaya kita ini juga nampak hebat?

“Adakah dengan cara ini kita dapat menolong orang ramai dan membantu orang yang kita bash itu? Adakah kita diajar sebegini untuk membantu orang atau kita belajar sendiri untuk menjatuhkan orang? Ingat, kurangnya perhatian seseorang itu menyebabkan dia lebih cenderung menyebarkan vibe-vibe negative kepada sekeliling. Mereka seperti ini lah yang sepatutnya memerlukan bantuan dan pertolongan.

“Saya lihat sahabat saya @hafizmahamad ini setiap minit mendapat perhatian positive negative di medial social. Saya bukan kesiankan pada sahabat saya ini, tapi saya sedih, sedih dengan bangsa saya sendiri kenapa masih begitu sedangkan masa dan ruang yang ada itu lebih baik dihabiskan dengan usaha untuk perbaiki mutu hidup yang mana mereka sendiri setiap hari complain itu ini. Kita usah cuba ubah hidup orang lain yang kita rasa betul sedangkan hidup kita sendiri masih dalam kesusahan.

“Bangsa lain sudah jauh maju ke hadapan meninggalkan kita dan kita masih lagi menarik jatuh bangsa kita sendiri. Malu dengan orang sekeliling lihat. Untuk maju kena bersatu, bukan saling menjatuhkan.

“Ingat, siapakah kita yang hanya hamba sahaja untuk membuka aib orang lain yang mana Allah sendiri telah menutupkan aib orang itu. Adakah kita fikir kita ini jauh lagi hebat dari Allah. Fikirkan,” tulisnya.

Asyik Kena ‘Bash’ Isu Serum, Hafiz Mahamad Tutup Ruangan Komen di Instagram

Ads

Bagi MH, kasihan juga lihat Hafiz dan pasangannya ini, buat apa pun kena kecam dengan orang. Daripada belum kahwin sampai sekarang pun masih ada lagi yang tak puas hati.

Mungkin lepas ini dia boleh ‘lay low’ sebentar bagi meredakan semua tuduhan yang tidak berasas terhadap mereka berdua.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI