Di kala seluruh rakyat Malaysia berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga membataskan segala rutin termasuk urusan perniagaan, timbul pelbagai tohmahan terhadap segelintir netizen yang dilihat menggunakan kesempatan ini untuk memasak untuk keluarga, kemudian berkongsi di laman sosial.
Golongan individu berkenaan didakwa tidak sensitif dan tidak menjaga hati segelintir yang bergelut dengan masalah kewangan.
Ulas Fedtri Yahya, mengapa perlu ‘mengintai’ kehidupan orang lain dan mengecam tindakan seseorang menjalani kehidupannya bersama keluarga.
Tegasnya, Allah telah menetapkan rezeki yang berbeza terhadap semua hamba-Nya dan bersangka baiklah sesama insan. Tidak perlu membandingkan diari hidup orang lain dengan kehidupan diri sendiri.
“Bayangkan! Anda masuk ke rumah orang tanpa diundang, kemudian maki-maki kenapa orang tu masak sedap-sedap sedangkan anda ….
“Samalah juga. Kita asyik ‘merayau’ ke laman peribadi orang lain, lepas tu sibuk nak kecam orang tengah masak, kecam orang tunjuk makanan dengan hujah: kasihanilah orang yang tak mampu! Rezeki orang berbeza-beza. Sangka baik. Ramai yang suka sedekah dan tak hebahkan.
“Salahnya kita! Sibuk nak mengintai diari hidup orang lain, akhirnya diri sendiri yang sakit sebab kehidupan dilihat tak seindah orang lain. #muhasabah #jagahati,” jelasnya.
Terdahulu, tular di laman sosial apabila segelintir netizen mengkritik rakyat Malaysia yang didakwa tidak pandai berjimat dan tidak menjaga sensitiviti keluarga lain yang kesempitan kewangan apabila sering memuat naik pelbagai hidangan masakan di rumah.
Malah isu menggunakan tepung dan telur untuk membuat kek dan kopi viral turut didakwa sebagai pembaziran kerana terdapat negara lain mencatu dua bahan utama itu untuk meneruskan kehidupan.
Apa-apa pun, sila berhemahlah dalam berbelanja.
Foto : Instagram Fedtri Yahya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI