Penderitaan yang dialami bayi perempuan berusia empat bulan, Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farham nyata mendapat perhatian ramai.
Bayi istimewa itu telah disahkan menghidap kanser otak (Medullablastoma) tahap empat ketika 21 hari selepas dilahirkan.
Difahamkan, Nishka disahkan menghidap penyakit berkenaan selepas keadaan kepalanya agak besar berbanding bayi seusianya dan perlu menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains (HUSM), Kubang Kerian.
Ushawan yang juga bekas isteri kepada pelakon, Fizo Omar, ada membuat lawatan secara tidak dirancang seterusnya bertemu dan melihat sendiri keadaan terkini kanak-kanak tersebut.
“Unplanned trip to Kelantan. Ya Allah sembuhkan baby Nishka. Semoga ada sinar dalam hidup baby Nishka,tabah menghadapi dugaan n lawan segala sakit.
Ads
“Ya Allah baby Nishka sangat cute, strong girl.Rezeki sy dapat berjumpa baby Nishka. Sejujur nya sy tidak rancang untuk datang Kelantan hari ini asal nya next week tapi Alhamdulillah kita sebaik2 rancang Allah tentukan.
“Dah berapa hari asyik teringat baby Nishka. Tanpa fikir panjang sy terus datang melawat,” tulisnya.
Pada masa sama, ibu kepada seorang cahaya mata itu turut memaklumkan, setiap ujian yang diberikan olehNya adalah berbeza-beza.
Ads
Malah dia turut si ibu bayi berkenaan yang masih mampu menguntum senyuman.
“Setiap ujian di hadapi berbeza2. Cuba kita letakkan diri kita sebagai ibu baby Nishka. Ibu Nishka masih tersenyum walaupun masih simpan seribu suka duka.
“Sy sendiri tidak mampu melihat baby secomel ini menanggung derita kesakitan. Semoga baby Nishka sembuh, kembali ceria, macam baby lain.
Ads
“Insyaallah selagi kami boleh membantu kita usaha kan. (No acc Cimb 7002814262 Khairiah bt Kamarudin),” maklum Mawar sambil disusuli dengan tanda palang #pleaseshareforbabynishka dan #prayforbabynishka
Terdahulu, kisah penderitaan bayi Nishka viral di media sosial, selain turut mendapat perhatian golongan selebriti lainnya, termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mengulang siar kisah bayi berkenaan.
Foto: Instagram Mawar Karim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Datuk Adi Putra ada berkongsi khabar gembira untuk penonton setia drama bersiri Aku Yang Kau Gelar Isteri yang pernah disiarkan di saluran TV3.
Dalam pada itu, Adi mengakui ramai yang kurang senang dan berpuas hati penamat jalan cerita drama tersebut.
Lalu, pelakon berusia 40 tahun ini memaklumkan drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini bakal menemui penonton dalam versi telefilem tidak lama lagi.
“EZLAN kembali!!! Saya tahu ramai tak puas hati ending crita AKU YANG KAU GELAR ISTERI.
“Now its the finale in telemovie. Coming Soon!!! @tv3malaysia @tanahberisfilmproduction
Sekadar informasi, drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini turut dibintangi pelakon hebat seperti Sharifah Sakinah, Nadia Brian, Aznah Hamid dan ramai lagi.
Sebelum ini, drama rantaian 15 episod yang berkisahkan amalan syirik dalam rumah tangga itu telah disiarkan di slot Samarinda, TV3 beberapa bulan yang lalu.
Foto: Instagram Datuk Adi Putra
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida memaklumkan telah hadir ke Mahkamah Kota Bahru bersabit perbicaraan kes tuntutan hak penjagaan anaknya, hari ini.
Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berharap segala urusannya dipermudahkan.
“Bismillah Permudahkanlah urusanku Ya Allah.
“Harini saya akan ke Kota Bharu kelantan. Saya @cikb_havoc66 & @kacak_._
“Akan ke Mahkamah Kota Bharu besok utk Perbicaraan kes Tuntutan Hak jagaan Mereka Berdua.
“Doakan Kami ESOK..PUKUL 10 PAGI,” tulisnya.
Serentak dengan itu, rata-rata peminat mendoakan agar segala urusan penyanyi lagu I Am Me ini berjalan dengan lancar.
Untuk rekod, Vida berkahwin dengan Mohd Amin tahu pada 2000 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Nur Edlynn Zamilleen dan Muhammad Eric Zaquan.
Bagaimanapun, Muhammad Eddie Zuhdie, 11, dan Muhammad Edrie Zikrie,10, meninggal dunia dalam kejadian kebakaran di rumah Vida di Meru Hill, Ipoh tiga hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2013.
Vida sah bercerai dengan Mohd Amin pada tahun 2008 iaitu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Foto: Instagram DSV
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bagi sesiapa yang pernah mengalami sakit gigi bongsu, pasti sudah merasai kesakitan yang amat perit, sebagaimana yang dialami oleh pelakon, Fatin Afeefa.
Bintang Tentang Bulan ini ada memaklumkan pengalaman tersebut di akaun Twitter miliknya, semalam.
Kongsi Fatin, dia kini tidak sihat kerana kerana mengalami sakit gigi bongsu.
“My wisdom tooth is killing me”
“Mine is mesial impaction. Sakit dia sampai dah kacau gigi depan Next week baru boleh cabut sebab cuti next week”tulisnya.