Penyanyi, Sharul Kamal meluahkan rasa terharu selepas namanya tersenarai antara lima selebriti yang mampu melaungkan azan dengan baik menerusi satu artikel yang diterbitkan akhbar, Harian Metro baru-baru ini.

Menurut Sharul, perkara tersebut pasti akan membuatkan ibunya berasa bangga meski mengakui satu ketika dahulu dia merupakan seorang anak yang nakal.

“Weh, ni kalau ibu aku nampak ni mesti sejuk perut dia, seolah-olah perut dia ada kipas.

“Walaupun aku anak paling nakal dari kecik sampai ke besar, selalu malukan dia dengan perangai nakal aku, at least ada juga lah benda yang buat dia bangga.

“Terima kasih Harian Metro,” tulisnya.

Ads

Pada masa sama, Sharul tidak mahu bermegah dengan pernghargaan ini kerana percaya semuanya adalah pinjaman daripada yang maha Esa.

“Aku lah manusia yang paling hina dekat bumi Allah ni. Aku bukan siapa-siapa pun.

“Lahir je aku dekat dunia ni dari ibu aku juga, sama macam yang lain.

Ads

“Mati aku nanti ke tanah juga, sama macam yang lain. Apa yang ada dekat aku semuanya bukan aku punya. Bukan aku punya,” katanya lagi.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas peserta Akademi Fantasia 2015 itu di laman Twitter miliknya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah selain turut meminta Sharul untuk memperbanyakkan lagi berkongsi video memperdengarkan alunan indah ayat suci Al-Quran.

Ads

Terdahulu, nama Sharul telah menjadi sebutan ramai apabila video laungan azannya ketika berkunjung di sebuah masjid di Mesir tular platform media sosial.

Malah posting klip videonya mengenai perkata terkait turut menerima ratusan ribu tanda suka.

Sumber: Twitter & Instagram Sharul Kamal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI