Setelah hampir lima bulan, mahkamah akhirnya memberikan kemenangan kepada pelawak dan usahawan, Shuib berhubung kes saman fitnah melibatkan dirinya dengan seorang individu yang dikenali sebagai John Dihani.
Menurut Shuib, meskipuan segala tuduhan tersebut agak keterlaluan, namun, dia berbesar hati untuk memaafkan John Dihani diatas perbuatannya itu.
“Alhamdulillah hari ini, 10 Januari 2024, selesai sudah kes fitnah terhadap diri saya dan arwah Siti Sarah. Hampir lima bulan dan hari has ni semuanya telah pun terjawap.
“Fitnah kamu John Dihani adalah langsung tak berasas dan tak masuk akal. Tetapi atas dasar ikhsan dan profesional, saya maafkan kamu dan halalkan segala fitnah terhadap saya,” tulisnya di Instagram.
Menerusi hantaran yang sama, John Dihani telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui kesilapannya itu.
Pada masa sama, bekas penyampa radio, Suria FM ini turut memaklumkan wang kemenagan saman tersebut akan disumbangkan sepenuhnya buat mangsa perang di Palestin.
Untuk saman ini, ada jumlah yang perlu di bayar cuma saya tak boleh jelaskan berapa jumlah yang perlu dibayar.
“Hasil duit saman, semua akan disalurkan ke Tabung Palestin dibawah Yayasan Nurjiwa,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Shuib turut berharap agar insiden ini dapat menjadi pengajaran kepada semua pihak untuk tidak mudah melemparkan fitnah terhadap orang lain.
“Saya doakan semoga awak dipermudahkan segala urusan dan semoga ini juga menjadi pengajaran pada semua supaya lebih berhati-hati dalam menggunakan media sosial dan jangan suka-suka menabur fitnah tanpa usul periksa.
“Jangan jadikan fitnah satu perkara normal. Ini bukan budaya kita orang Malaysia,” akhirinya.
Terdahulu, menerusi laporan MH pada tanggal 4 Julai 2023, Shuib meluahkan rasa berang terhadap dua pengguna media sosial yang telah menyebarkan fitnah kononnya dia terlibat dengan kumpulan rahsia, Freemason.
Individu berkenaan turut mendakwa isterinya, Allahyarham Siti Sarah telah ditidurkan secara paksa kerana Shuib ingin membuktikan pada ibu mengandung mengenai risiko tidak mengambil vaksin.
Salah seorang individu yang memfitnah Shuib iaitu Zulhairi Abu Othman, 35, telah bersemuka dan tampil membuat permohonan maaf.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Shuib