Pelakon Idris Khan tampil memberikan mempertahankan diri, susulan beberapa dakwaan terhadapnya dalam sidang media baru-baru ini sebagai tidak berasas dan bersifat fitnah.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Sabtu, Idris atas nasihat peguam menjelaskan dia akan meneruskan prosiding bagi menegakkan kebenaran.
“Merujuk kepada perkembangan semasa, saya merasa terkejut dan hairan. Namun begitu adalah adalah wajib bagi saya membuat kenyataan berikut.
“Beberapa dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan terhadap saya dalam sidang media teater baru-baru ini adalah tidak berasas dan bersifat fitnah.
“Atas nasihat peguam yang mewakili saya, prosiding untuk mendedahkan kebenaran akan diteruskan,” tulisnya.
Pada masa sama, Idris turut memaklumkan dirinya akan menentang sebarang bentuk salah kuasa di dalam industri seni tanah air.
“Saya ingin menekankan bahawa saya menentang sekeras-kerasnya sebarang bentuk amcaman dan buli dalam masyarakat, apatah lagi dalam industri ini.
“Terdapat segelintir pihak yang menggunakan kedudukan dan kuasa dengan memeras ugut agar mengikut rentak mereka atau menanggung akibatnya.
“Saya akan melawan penyalahgunaan kuasa secara terang-terangan ini hingga ke akhirnya,” kongsinya lagi.
Malah, Idris juga percaya rezeki seseorang itu merupakan kurniaan dan aturan daripada yang Maha Esa.
“Saya ingin mengingatkan kepada semua bahawa rezeki datang daripada Allah SWT dan bukan datang dari tangan mana-mana manusia.
“Saya tidak akan berdiam diri menghadiri sebarang ancaman yang memperkecilkan peribadi, intergriti dan prinsip saya dalam hidup.
“Pihak yang pernah berkerjasama dan mengenali saya sepanjang saya berada dalam industri ini boleh mengesahkan komitmen dan etika berkerja saya yang tidak boleh dipertikaikan,” akhirinya.
Terdahulu, di dalam sidang media yang dilakukan penerbit, A. Aida pada Jumaat, dia antara lain bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Idris dan seorang lagi pelakon, Amelia Handerson selepas didakwa menarik diri pada saat akhir daripada membintangi drama Sekali Lagi Cinta tanpa sebarang sebab munasabah terbitan syarikatnya, A. Aida Production (AAP).
A. Aida menjelaskan, pihaknya terpaksa meneruskan tindakan undang-undang kerana kecewa dengan sikap tidak profesional pelakon sehingga menyebabkan dia terpaksa menanggung kerugian besar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.