Hubungan diantara pelakon dan pengacara, Uyaina Arsyad bersama penyanyi, Raja Syahiran difahamkan kini sudah pun memasuki ke fasa yang seterusnya.

Terbaru, Uyaina mendedahkan dia sebenarnya telah pun dirisik oleh keluarga kekasihnya itu pada sekitar November tahun lalu.

“Atas Permintaan Keluarga, Kami Terpaksa Merahsiakannya,” – Uyaina Arsyad Sahkan Sudah Dirisik Keluarga Raja Syahiran

Memetik laporan Harian Metro, Uyaina menjelaskan dia dan Syahiran memutuskan untuk merahsiakan mengenai perkara tersebut sebagai tanda menghormati permintaan keluarga kedua-dua belah pihak.

“Keluarga Syahiran sudah datang bertemu keluarga saya untuk merisik pada November tahun lalu.

IKLAN

“Alhamdulillah, pertemuan dua belah keluarga berjalan lancar, namun atas permintaan keluarga, kami terpaksa merahsiakannya sebelum ini,” katanya seperti yang dipetik.

“Atas Permintaan Keluarga, Kami Terpaksa Merahsiakannya,” – Uyaina Arsyad Sahkan Sudah Dirisik Keluarga Raja Syahiran

IKLAN

Jelas pengacara program Wanita Hari Ini itu lagi, sewaktu pertemuan tersebut, dia telah pun menerima sebentuk cincin sebagai tanda merisik daripada ibu kepada Syahiran.

“Pada hari terbabit tiada majlis dibuat, malah saya pun tak sempat bersiap.

IKLAN

“Ibu Syahiran sekadar datang memberikan sebentuk cincin sebagai tanda merisik dan kedua-dua belah keluarga saling berkenalan,” katanya lagi.

Terdahulu, hubungan diantara dua selebriti ini mula bertiup kencang selepas mereka dilihat hadir bersama secara berpasangan sewaktu majlis resepsi pelakon popular, Mira Filzah dan Wan Emir Astar.

“Atas Permintaan Keluarga, Kami Terpaksa Merahsiakannya,” – Uyaina Arsyad Sahkan Sudah Dirisik Keluarga Raja Syahiran “Atas Permintaan Keluarga, Kami Terpaksa Merahsiakannya,” – Uyaina Arsyad Sahkan Sudah Dirisik Keluarga Raja Syahiran

Sumber: Harian Metro & Instagram Uyaina Arsyad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI