Hiburan

Atikah Suhaime Bakal Bernikah Dengan Datuk ‘L’ Minggu Depan

Share

Pelakon, Atikah Suhaime telah selamat melangsungkan majlis pertunangannya bersama jejaka pilihan hatinya yang juga ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh.

Memetik laporan Kosmo, Atikah memaklumkan majlis pertunangan tersebut sebenarnya telah berlangsung pada Disember lalu namun, baru hari ini dia berkongsi khabar gembira itu di laman Instagram.

“Alhamdulillah saya sudah bertunang Disember tahun lalu, cuma baru kongsi hari ini,” katanya seperti yang dipetik.

Malah, pelakon asal Singapura ini turut memberitahu, dia dan Lokman bakal melangsungkan majlis pernikahan pada 21 Januari ini.

Katanya lagi, dia teruja untuk menantikan detik bersejarah di dalam hidupnya itu yang bakal berlangsung kurang dua minggu sahaja lagi.

“Perasaan saya bercampur-baur ketika ini. Ditambah pula saya orang Singapura dan berkahwin dengan orang Malaysia, rasa itu sukar untuk diterjemahkan.

“Saya pula seorang yang rapat dengan keluarga di Singapura, jadi memang rasa sebak sebab selepas ini prioriti adalah suami. Insya-Allah saya akan cuba membiasakan diri,” katanya lagi.

Pada masa sama, Atikah turut memaklumkan majlis pernikahannya bakal dilangsungkan di Kuala Lumpur atas persetujuan kedua-dua belah pihak.

“Majlis perkahwinan memang sudah dirancang di Kuala Lumpur dan menghimpunkan kedua-dua belah keluarga.

“Kami memilih Kuala Lumpur juga kerana keadaan kesihatan nenek Lokman yang kurang sihat.

“Insya-Allah esok saya akan adakan kenduri marhaban pengantin di kediaman di Singapura,” kongsinya lagi.

Terdahulu, menerusi sebuah hantaran video pada pagi Jumaat, Atikah telah berkongsi video ketika majlis pertunangannya sedang berlansung.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga segala urusan Atikah menuju hari bahagianya dipermudahkan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

.

Sumber & Kredit Foto: Kosmo Online & Instagram Atikah Suhaimie

Published by
Aizam Manaf