Pelakon Datin Atikah Suhaime berkongsi berita gembira apabila suaminya, Datuk Lokman Teh telah menghadiahkan kereta terpakai (second-hand) kepadanya, baru-baru ini.
Meski tiada lesen memandu, namun Atikah dilihat gembira dan teruja apabila menerima pemberian suami tercinta, sebagaimana yang dikongsikan meneruso video pendek di platform TikTok.
Sambil berkongsi kereta dalam rona hitam itu, Atikah dan suami turut membawa kenderaan tersebut ke kedai aksesori kereta bagi tujuan ‘touch up’.
“My husband belikan kereta second hand. So i bawa kereta ni pegi ‘facial’. Yelah kalau kulit I licin, muka kereta pun kena licin kecilkan pori-pori.
“Bawa pergi polishing and coating kalau nak kereta nampak brand new.
“So i boleh show off dekat Datin Jenny dan Datin Ira that my husband beli kereta brand new untuk I.
“Masalahnya satu je, I tak ada lesen kereta,” tulisnya pada video berkenaan sambil merakamkan rasa syukur.
Atikah turut berterima kasih atas pemberian suami tersayang.
@atikahsuhaimeeee Husband belikan kereta. Alhamdullilah ❤️ #fyp #carsoftiktok #rangerovervogue #ubatgigizaitun ♬ original sound – TikaMe
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata memberikan reaksi baik terhadap apa yang dikongsikan Atikah.
“Second hand pun saya tak mampu Datin.”
“Selain Intan Najuwa, dia ni pun I suka tengok. So random.”
“Dia ni satu-satunya artis yang akak suka tengok riviunya. Kelakar pun kelakar. Semoga jodoh sampai syurga. Always be humble dan sentiasa bersyukur.”
“Alhamdulillah tahniah. Cantik kereta.”
“Atikah ni comel dan tak berlagak. Soft spoken and good girl.”
Untuk rekod, Atikah dan Lokman selamat disatukan sebagai suami isteri di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Januari lalu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI