Pelakon Atikah Suhaime menjelaskan fotonya yang dilihat sopan berbaju kurung dan bertudung yang dirakam bersama kekasih Datuk Lokman Teh adalah sewaktu mereka menghadiri kurus kahwin baru-baru ini.
Ia sekaligus menafikan tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa mereka sudah pun mendirikan rumah tangga.
“Itu gambar kami hadir kursus perkahwinan di Masjid Wilayah Persekutuan,” katanya, lapor Harian Metro.
Terdahulu, Atikah memuat naik gambar dia bersama jejaka itu di Instagram dengan kapsyen, ‘Baby @lokmantea’.
Serentak dengan perkongsian terbabit, Atikah turut menerima ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat yang mendoakan yang baik-baik buat mereka.
“Terima kasih kepada semua pengikut dan rakan-rakan kerana mendoakan kami. Insya-Allah kami rancang untuk nikah pada Januari tahun depan,” katanya yang sudah bergelar tunang kepada Lokman sejak
dua bulan lalu.Malah ada di antara komen yang ditinggalkan pada hantaran terbabit mendapat reaksi balas daripada Atikah sendiri.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 11,000 tanda suka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini