Dunia sukan dikejutkan dengan kematian tragis Sophie Hediger, atlet luncur papan salji Olimpik Switzerland yang terkorban akibat kejadian lungsur salji di Resort Arosa, Switzerland pada 23 Disember 2024.
Kejadian malang itu berlaku ketika Sophie melakukan aktiviti snowboarding di resort Arosa, yang terkenal dengan landskap bersalji dan aktiviti ski.
Walaupun pasukan penyelamat bertindak pantas, wanita berusia 26 tahun itu hanya ditemui selepas kira-kira dua jam pencarian dilakukan dalam keadaan tidak bernyawa.
Pihak berkuasa tempatan kini sedang menyiasat punca dan situasi di sebalik kejadian ini. Resort bersalji seperti Arosa sering menghadapi risiko lungsur salji terutamanya semasa perubahan cuaca ekstrem.
Persekutuan Ski Switzerland menyamapaikan kesedihan mereka atas pemergian altlet terkenal itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Swiss-Ski, Walter Reusser berkata, “Kami sangat terkejut, dan fikiran kami bersama keluarga Sophie. Kami ingin menyampaikan ucapan takziah yang tulus.”
Kematian Sophie merupakan kehilangan besar kepada komuniti snowboarding dan dunia sukan secara keseluruhan. Legasinya sebagai seorang atlet yang gigih dan berbakat akan terus dikenang.
Imbas kembali, Sophie merupakan peserta dalam acara luncur papan salji silang semasa Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing dan turut bertanding dalam acara pasukan campuran.
Dalam musim 2023-2024, Sophie mencapai kejayaan besar apabila meraih dua tempat di podium dalam siri Piala Dunia Snowboard, termasuk kedudukan kedua di St. Moritz pada Januari lalu.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI