Pastinya dalam hidup ini kita pernah diberi kejutan yang menggembirakan contohnya seperti kejutan hari jadi dan sebagainya.
Di laman Facebook kini tular sebuah video yang merakamkan detik indah seorang datuk yang terharu dengan kejutan yang diberikan oleh cucunya.
Menerusi video tersebut, seorang cucu telah menghadiahkan sebuah kereta kepada datuk dan neneknya kerana kereta kepunyaan mereka yang lama sudah rosak dan mereka tidak mampu untuk membeli kereta yang baru.
Kejutannya bermula apabila si cucu memberikan sebuah kotak yang diselitkan mesej pada setiap kotak-katak lain yang terdapat dalam kotak itu dan di dalam kotak yang terakhir terdapat kunci kereta.
Atuknya terkejut dan berkata kepada cucunya bahawa adakah ini satu gurauan namun cucunya berkata ia bukan gurauan.
Mereka berjalan ke luar rumah dan terlihat sebuah kereta berwarna putih. Atuk dan neneknya menaiki kereta tersebut dan apa yang mengusik jiwa adalah apabila atuknya memeluk cucunya dan kemudiannya menangis.
Kita yang menonton pun boleh merasakan betapa gembira dan terharu atuknya itu dengan pemberian sebesar itu.
Rata-rata yang telah menonton video tersebut juga meninggal komen memuji perbuatan si cucu itu.
Jom kita tengok video yang menyentuh hati ini.
Apa salahnya kan kalau kita ada rezeki lebih dan kita bantu orang tua kita. Sesungguhnya tanpa mereka tiadalah kita di dunia ini.
Sumber: Facebook UNILAD