Pelakon dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof menafikan dirinya menjadi punca berlakunya kemalangan melibatkan dua buah kereta, baru-baru ini.
Menurut Syamsul, perlanggaran antara kereta Audi dengan kenderaan jenis serba guna (MPV) di posisi hadapan adalah kerana pemandu berkenaan itu sendiri yang tidak fokus.
View this post on Instagram
“Ini adalah video yang sebenar. Kereta Audi yang tak fokus. Bukan salah saya,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pengarah filem Munafik itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Lantaran itu, Syamsul memohon orang ramai untuk tidak membuat tuduhan melulu berhubung kejadian tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh dan mengusik Syamsul dengan mengatakan jentera mewahnya itu terlalu menonjol sehingga menyebabkan orang yang melihat sukar fokus.
“Lawo (lawa) sangat kereta tu,” komen pelakon, Fattah Amin.
“Berkilau memukau,” kata pelakon, Zarina Zainoordin.
“Kereta berkilat sangat,” kata pelakon, Shahidan Izwan.
“Merecik sangat tu,” komen seorang netizen.
“Kacak sangat kereta sebelah. Terpegun lalu terhantuk,” balas seorang lagi netizen.
Sejak semalam, video kemalangan tersebut tular di seluruh platform media sosial dan ramai yang mendakwa pemandu terbabit terpegun melihat kereta Lamborghini yang dipandu Syamsul sehingga menyebabkan dia kurang fokus dan melanggar kereta hadapan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Syamsul Yusof
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI