Bagai menyambung sebuah perjalanan, itu juga yang dilalui oleh Aufahanie apabila secara rasminya melancarkan lagu Saat Hilang Cintamu pada 17 November lalu.
Lagu yang dipopularkan oleh Allahyarham Siti Sarah itu bukan sahaja dinyanyikan semula tetapi turut mendapat susunan muzik baharu oleh Ajai yang juga pencipta lagu berkenaan.
Peluang yang diberikan pastinya menjadi kesempatan terbaik buat Aufahanie, 20, lebih-lebih lagi lagu tersebut juga menjadi antara lagu kegemarannya sejak dahulu.
“Memang ini merupakan satu penghormatan buat saya apabila dapat kembali ke studio dan merakamkan semula lagu berkenaan. Menariknya, susunan muzik kali ini lebih ‘segar dan besar’ membuatkan lagu ini ada keistimewaan tersendiri.
“Selain itu, saya menganggap ini merupakan satu penghormatan kepada orang baru seperti saya untuk bekerjasama dengan komposer hebat dan ternama.
“Setidaknya saya berpeluang ingin menunjukkan sesuatu kepada pendengar menerusi Saat Hilang Cintamu,” katanya.
Aufahanie atau nama sebenarnya, Nur Aufahanie Mokhtar berkata demikian pada Sidang Media Saat Hilang Cintamu Di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ads
Terdahulu, idea merakamkan semula lagu ini tercetus apabila syarikat rakaman Indigital Music mahukan Aufahanie menyanyikan semula lagu ini, bersempena ulang tahun kedua pemergian Siti Sarah pada 9 Ogos lalu.
Lalu untuk memberikan kelainan, pihak pengurusan ada meminta khidmat Ajai selaku empunya lagu berkenaan untuk mengiringi nyanyian Aufahanie dan video berkenaan mendapat sambutan luar biasa pendengar yang mahukan versi studio diterbitkan.
“Memang banyak cabaran yang perlu dilalui semasa proses rakaman berlangsung meskipun lagu ini sudah ada. Apabila berada di dalam studio, ada perkara baharu yang perlu dipelajari dan itu merupakan proses yang harus dilalui,” kata finalis Big Stage 5 ini lagi.
Ads
Malah Ajai turut bercadang untuk menerbitkan single baharu sebelum menghasilkan album penuh untuk Aufahanie sebaik sahaja tamat program berkenaan.
Sebagai langkah pertama, Saat Hilangnya Cintamu dikeluarkan dahulu sementara menantikan lagu baharunya.
Jelas Ajai, dia melihat kesungguhan dan kelebihan yang ada dalam diri gadis berkenaan serta percaya dia mampu menjadi seorang penyanyi yang baik pada masa hadapan.
“Untuk menjadi seorang penyanyi yang baik, mereka perlu mempunyai ilmu dalam beberapa aspek untuk menghidupkan lagu.
Ads
“Saya melihat Aufahanie ada ciri-ciri yang diperlukan dan tidak mustahil untuk dia menjadi lebih ‘besar’ pada masa hadapan.
“Aufahanie bukan sahaja tahu tentang teknikal untuk menyanyi tetapi juga dia berjaya menghidupkan semula Saat Hilang Cintamu dengan versi sendiri tanpa mengikut cara Allahyarham Siti Sarah menyanyi.
“Semua orang boleh menyanyi tapi tak semua mampu menjadi penyanyi yang baik. Saya yakin sekiranya dia berada di landasan yang betul, dia akan menjadi penyanyi yang evergreen pada masa hadapan,” kata Ajai.
Untuk rekod, Saat Hilang Cintamu merupakan salah satu lagu yang termuat dalam album Mimpi Pun Sama yang dikeluarkan Siti Sarah pada 2003. Lagu ini dicipta oleh Ajai dan lirik pula ditulis oleh Musrad.
Untuk versi Aufahanie pula, Indigital Music bekerjasama dengan Wake The Baby Records sebagai penerbit bersama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Eyka Farhana memanjatkan doa agar orang-orang yang disayanginya sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.
Menurut Eyka, dia juga berharap agar segala musibah dan perkara buruk dapat dijauhkan.
“Ya Allah, lindungilah orang-orang yang saya sayang. Semoga Allah lindungi kita daripada segala jenis musibah,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Pretty Little Liars itu menerusi satu hantaran di Instagram Stories.
Meskipun tidak mengulas secara lanjut mengenai hantarannya itu, status berkenaan dipercayai ada kaitan dengan musibah yang menimpa dua orang pemain bola sepak negara yang salah seorangnya ialah teman rapat, Akhyar Rashid.
Baru-baru ini, Akhyar dilaporkan telah disamun dua lelaki bersenjata dalam satu kejadian di hadapan sebuah kondominium di Kuala Terengganu pada malam Khamis.
Akhyar mengalami kerugian lebih RM4,800 selain dipukul menggunakan senjata besi boleh laras.
Akibat kejadian itu, Akhyar dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menerima enam jahitan iaitu empat jahitan pada bahagian atas kepala dan dua jahitan di atas tapak kaki kiri selain sakit pada anggota badan.
Selang beberapa hari daripada kejadian tersebut, seorang lagi pemain negara, Faisal Halim telah disimbah acid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat membeli belah dipetaling jaya.
Memetik laporan Harian Metro, keadaan Faisal semakin membimbangkan apabila dikatakan berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta, semalam.
Situasi terbabit disahkan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Seri Shahril Mokhtar.
Malah, Shahril turut memaklumkan bahawa tangan kiri pemain sayap itu sukar untuk bergerak sekali gus menimbulkan persoalan masa depannya kelak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Eyka Farhana & PFAM, Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat, telah selamat sampai ke tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah.
Turut sama menyertai rombongannya ialah pengarah Sheila Rusly bersama suami selain beberapa kenalan lainnya.
Terdahulu menerusi Instagram Nabil Mahir turut berkongsikan fotonya bersama bintang berusia 28 tahun itu beberapa ketika sebelum berlepas ke tanah suci.
“Alhamdulillah wuv dapat jemputan ke tanah suci Makkah.
“Moga semuanya dipermudahkan dan mendapat umrah yang mabrur. Jaga diri,” tulis Nabil menerusi ruangan kapsyen.
Terbaru, Ayda menerusi platform sama turut memanjatkan rasa syukur kerana berkesempatan untuk mengerjakan umrah yang pertama.
“Assalamualaikum… Alhamdulillah, saya selamat sampai di Mekah & selesai menunaikan Umrah pertama pagi tadi. Terima kasih kepada yang mendoakan kesejahteraan saya.
“Alhamdulillah dan Insyaallah berterusan dipermudahkan hendaknya. Di kesempatan ini, kepada sesiapa yang pernah berkecil hati, terasa hati terhadap saya, maafkan saya.
“Kepada sesiapa yang nak kirimkan doa, Comment dekat bawah nama penuh beserta doa anda. Insyaallah saya doakan,” tulis penyanyi Temberang itu.