Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza secara eksklusif tampil membuat persembahan menerusi konsert istimewanya di Arena of Stars, Genting Highlands.

Dilangsungkan pada dua malam berturut-turut iaitu pada Sabtu dan Ahad lalu, konsert Siti Nurhaliza Love Is In The Sky 2024, berjaya menghiburkan lebih 5,000 peminat pada hari pertama menerusi 30 buah rangkaian lagu cinta yang membuai perasaan.

Alunan vokal emas ibu kepada dua cahaya mata itu pastinya memberi seribu satu makna buat para peminat selama kira-kira  dua jam setengah konsert berlangsung.

Siti ketika ditemui akui, 2024 adalah ‘tahun konsert’ baginya sekaligus mendedahkan persembahan di Arena Of Stars sebagai penutup yang baik bagi tahun ini selepas dua konsert terdahulu mencatat sambutan luar biasa.

“Untuk konsert solo, konsert ini boleh dikatakan sebagai penutup untuk tahun ini. Kalau untuk tahun depan, saya belum tahu lagi… sekiranya ada, saya akan buat pengumuman seterusnya.

Ads

“Setakat ini betul, ini adalah konsert solo penutup bagi tahun ini,” katanya yang mengambil tema ‘persembahan cinta setinggi awan’, untuk konsert berkenaan.

Aura ‘Penyanyi Nombor Satu’! 5,000 Penonton Terbuai Vokal Emas Siti Nurhaliza Sampaikan Lagu Cinta Di Puncak Genting Highlands Aura ‘Penyanyi Nombor Satu’! 5,000 Penonton Terbuai Vokal Emas Siti Nurhaliza Sampaikan Lagu Cinta Di Puncak Genting Highlands Aura ‘Penyanyi Nombor Satu’! 5,000 Penonton Terbuai Vokal Emas Siti Nurhaliza Sampaikan Lagu Cinta Di Puncak Genting Highlands Aura ‘Penyanyi Nombor Satu’! 5,000 Penonton Terbuai Vokal Emas Siti Nurhaliza Sampaikan Lagu Cinta Di Puncak Genting HighlandsAura ‘Penyanyi Nombor Satu’! 5,000 Penonton Terbuai Vokal Emas Siti Nurhaliza Sampaikan Lagu Cinta Di Puncak Genting Highlands

@mediahiburanofficial Berbakat betul anak sulung Penyanyi Nombor Satu Negara, Siti Aafiyah yang yakin bermain piano bila mana ibunya sampaikan lagu Nadi. Aafiyah mulai belajar piano sejak mengikuti pre-school lagi #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan

Selain menyampaikan rangkaian lagu cintanya termasuk beberapa lagu penyanyi berkumpulan yang malar segar, Siti turut membuat kejutan dengan menampilkan Siti Aafiyah, yang bermain piano mengiringi persembahan menerusi lagu Nadi.

Ads

“Saya memang teringin (Aafiyah iringi persembahan). Dia memang mengikuti kelas piano. Kebetulan, ia kena dengan lagu Nadi yang memang ditujukan kepada anak-anak saya.

“Sehari sebelum persembahan dia menangis dan hampir tak mahu jayakan persembahan. Mungkin kerana gementar, takut dan malu. Tapi selepas dia mula main piano dan dipujuk, dia kembali okay. Lama jugalah nak pujuk, dalam setengah jam,” katanya lagi.

Ads

Sementara itu, konsert anjuran Resorts World Genting ini turut menggunakan khidmat Sharhan Syazwan atau Chaan sebagai Pengarah Muzik bersama Leman Band.

Terdahulu, bintang yang mendapat jolokan sebagai Penyanyi Nombor Satu Negara ini telah mencipta sukses menerusi Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza di Axiata Arena, Mac lalu dan disusuli dengan Konsert Fenomena Siti Nurhaliza di Singapura, pada Jun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI