Lisdawati tidak mampu menyembunyikan keterujaan apabila anak sulungnya menghadiahi buku bertajuk Auratku Maruahku sempena menyambut hari lahirnya yang ke-41, 15 Disember lalu.
Kegembiraan itu dikongsi bersama suami, pelakon Fauzi Nawawi menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
“Syukur Alhamdulillah. Hidayah milik Allah swt . Bila Anak sulung sy dah faham tentang maruah dan Aurat.
“Usia 10 tahun dia dah minta utk bertudung Tanpa ada paksaan. Makin jadi pemalu,” tulisnya.
Di ruang komen, rata-rata netizen memuji pasangan ini bijak mendidik anak-anak menurut ajaran Islam.
Foto : Instagram Lisdawati