Penghujung April lalu Media Hiburan melaporkan berita tentang kematian Bintang American Idol, Mandisa Lynn Hundley. Kini punca kematiannya telah didedahkan kepad umum.
Menurut pihak perubatan yang melakukan bedah siasat dan autopsi terhadap mayatnya, mendiang didapati meninggal dunia akibat komplikasi obesiti kelas III pada usia 47 tahun.
Penyanyi yang terkenal dalam arena muzik gospel itu ditemui mati di rumahnya oleh rakan-rakan pada 18 April. Kali terakhir dia dilihat kepada umum adalah tiga minggu sebelum kematiannya. Punca kematiannya diklasifikasikan sebagai faktor semulajadi.
BACA JUGA: Bintang Terkenal American Idol Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Penyakit Obesiti kelas III adalah penyakit di mana seseorang mempunyai indeks jisim badan (BMI) 40 atau lebih tinggi atau BMI 35 atau lebih tinggi dan sedang mengalami keadaan kesihatan yang berkaitan dengan obesiti.
Imbas kembali, mendiang Mandisa berasal dari Citrus Heights, California dan mempelajari muzik di kolej sebelum muncul sebagai salah seorang peserta American Idol musim kelima. Dia menamatkan pertandingan di tempat kesembilan.
Biarpun tidak bergelar juara, Mandisa tetap berjaya sebagai seorang penyanyi. Ini terbukti apabila dia menungguli Anugerah Grammy pada 2014.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan