Penyanyi Liza Hanim menyifatkan Aweera sudah melakukan yang terbaik menerusi konsert Gegar Vaganza 8 (GV8) akhir yang berlangsung pada Ahad lalu.
Menerusi satu entri yang dikongsikan Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim di Instagram, dia berbesar hati dapat membuat persembahan bersama bintang itu.
Dalam saingan pentas akhir GV8 yang bersiaran langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), mereka menyampaikan lagu berjudul Sepi nyanyian asal Aina Abdul secara duet.
“My dear adik @aweera_official. Awak dah buat yang terbaik dik! I know the struggle is real, but i am so proud that you. Rembat anyway! Truly a Rock Star!
“Its a pleasure working with you, dont be a stranger! Welcome to alumni GV. Kalau launch lagu baru jangan lupa invite kakak.
“Congrats @vee_nazrah you did great!!! Jaga adik kita baik baik,” tulisnya.
Aweera menduduki teempat keenam keseluruhan, sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 berserta trofi sumbangan Astro.
Persembahan peserta pada peringkat akhir diadili oleh juri terdiri Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan juri jemputan, Joe Flizzow.
Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi), Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu & Hady Mirza (GV6) dan Cliff Umar (GV7).
GV8 menyaksikan Aliff Aziz diumumkan sebagai juara.
Program akhir GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan konsert akhir turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada alumni GV8.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.