“Awak Imam Saya,”- Perkahwinan Cecah 11 Tahun, Khai & Rosma Mahu Masuk Syurga Bersama

Share

Pasangan selebriti, Khai dan Rosma sudah mendirikan rumah tangga selama 11 tahun.

Sekali gus, Rosma telah berkongsi detik indah saat bergelar suami isteri di Instagramnya sebentar tadi.

“16 thn, bertunang kejap je 2jam 


Dan hari ni 26 April genaplah usia rumahtangga kami 11thn.

“Alhamdulillah..
En.khai,awk imam saya dan insyaAllah,semoga Kita dpt berpegangan tangan utk masuk Syurga sama-sama.

“Tq sbb bimbing ayg jadi isteri yg lebih baik walaupun bini awk ni kadang-kadang mcm tarzan kat rmh.???


Tq terima ayg seadanya..??
Tq utk semuanya.
Ayg sayang..sayang lillahitaala,” tulis Rosmah.

Foto tersebut melihatkan pasangan yang lahir menerusi program realiti Akademi Fantasia itu berada di sebuah pantai dengan berlatarbelakangkan matahari terbenam (sunset).

Terdahulu, pasangan ini baru sahaja menimang cahaya mata ketiga pada 12 April lalu , selain dua orang cahaya matanya, Muhammad Amzar Danish, 9 dan Nur Amani Damia Mohd, 4.

Foto : Instagram Khai & Rosma

Published by
Amynur Akmal