“Awak Jaga Saya Dengan Baik, Sentiasa Bersabar…,” – Selit Iphone 12 Dalam Kek, Risteena Buat Kejutan Buat Isa Khan!

Share

Pelakon Nur Risteena Munim ada memberikan kejutan buat tunang tersayang, Isa Khan berupa iPhone 12 sebagai ganti telefon lamanya yang hilang.

Jelas Risteena menerusi video yang dikongsikan di IG TV, dia membuat kejutan tersebut dalam majlis hari jadi salah seorang ahli keluarganya.

“Kebetulan hari ini nak sambut hari jadi adik, jadi di situ ada satu kek untuk Isa. Dan dalam kek tu, ada iphone 12.

“Saya akan minta Isa potong kek itu dan bila potong, akan nampak iphone dalam ke itulah,” katanya sambil memberikan kredit.

Dalam video yang dikongsikan, Isa dilihat terkejut dengan kejutan yang dibuat Risteena sebagai tanda mengenang perhubungan yang terjalin di antara keduanya.

“Saya nak bagi kek ni sebab awak jaga saya dengan baik, sentiasa bersabar dengan perangai saya yang gila ni kan.

“Terima kasih banyak-banyak,” titip Risteena sebelum meminta Is untuk potong kek coklat yang dihadiahkan.

Sementara itu menerusi ruangan komen, kakak kepada Ruhainies ini turut menyatakan rasa gembira dengan kejutan yang dibuat terhadap Isa.

“Thank you so much @wayne.gadget berpakat dengan I untuk surprise kan Isa. He’s so happy!

“Memang dia tak expect langsung! Korang yang nak beli phone, boleh beli dari @wayne.gadget sebab harga diorg best and confirm original,” tulisnya.

Terdahulu, pasangan selebriti ini sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 20 November lalu setelah setahun bertunang.

Bagaimanapun, Risteena menerusi perkongsian video di Instagram baru-baru ini menjelaskan majlis yang sepatutnya berlangsung sehari selepas ulang tahun kelahirannya itu terpaksa ditangguh berikutan situasi semasa yang melanda seluruh negara ketika ini.

Foto: Instagram Risteena

Published by
MH