Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri tidak mahu memberi komen lanjut mengenai isunya bersama penyanyi Baby Shima yang sebelum ini ada memberi reaksi terhadap single barunya berjudul Cowok Baru.
Lebih seminggu dilancarkan, single yang turut menampilkan Lucinta Luna dan Upiak mendapat reaksi pelbagai pihak.
“Awk jangan tanya saya fasal Baby Shima. Menaikkan dia, sorry,” katanya ringkas kepada MH.
Ditanya sama ada isu tersebut adalah sebagai satu gimik bagi mempromosikan lagu berkenaan, hero filem Badang ini mempunyai jawapan sendiri.
“Lagu saya dah habis trending pun,” jelas Aliff yang turut mengharapkan fenomena sama di Indonesia terhadap Cowok Baru.
Beberapa hari lalu, Baby Shima menerusi Harian Metro menjelaskan, dia memberikan pendapat selepas ditanya Aliff, meminta komen ramai menerusi media sosial.
Lalu, dia memberikan pandangan secara peribadi tetapi, Aliff didakwa melenting dan turut menyindirnya pula menerusi Insta Stories.
Setakat ini, muzik video Cowok Baru sudah pun ditonton lebih 1.2 juta tontonan di YouTube selepas kira-kira seminggu ia dimuat naik.
Aliff terdahulu ditemui media pada majlis Penjenamaan Semula D’ Herbs Terlajak Laris di Flora Terrace, Kuala Lumpur pada Selasa.
Majlis turut memperkenalkan salah seorang wajah wakilannya, Datin Diana Danielle.
Mengulas mengenai pemilihan aktres tersebut, Aliff bersama isteri, Datin Seri Nur Shahida sepakat berpendapat personaliti dan persona yang dimiliki bintang beranak dua itu yang kekal bersinar selain memiliki pengikutnya yang tersendiri.
“Datin Diana dipilih sebagai wajah untuk Jus Perawan keluaran kami kerana dia merupakan antara figura yang mewakili isteri dan ibu aktif dan bekerjaya.
“Malah pada masa sama, Diana juga turut mementingkan soal penjagaan luaran dan dalaman,” akhirinya yang turut memaklumkan, D’ Herbs bakal mengumumkan empat lagi selebriti yang akan berkerjasama dengan pihaknya selepas ini.
https://www.instagram.com/p/B1-uR4yHvoo/
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI