Uncategorized

‘Awak kuat, Keep Strong!’ Rakan Artis Turut Beri Semangat Buat Elyana

Share

Seperti yang semua tahu malam tadi Elyana telah mengumumkan status kesihatannya.

BACA: “Saya Adalah Pesakit Kanser Tahap Ke-4” – Elyana Buat Ramai Peminat Terkejut!

Terkejut dan simpati dengan nasib yang menimpa Elyana, ramai memberi kata semangat buat selebriti ini.

Bukan sahaja peminat, malah rakan-rakan artis turut tidak ketinggalan meluahkan rasa simpati.

Antara seperti Anne Ngasri. Melalui sebuah posting di Instagram, Anne memberitahu sebagai seorang rakan paling rapat, inilah rahsia yang perlu mereka rahsiakan selama 7 tahun.

Malah, Anne turut menambah, dia sangat kagum dengan Elyana yang akhirnya berani untuk berkongsi pada semua orang tentang penyakit yang dihadapinya.

Malah Anne turut menegaskan apa yang dikongsikan Elyana itu bukanlah untuk menagih simpati tetapi hanya ingin memohon kekuatan.

 

“Alhamdulillah, whatever it is Nana u tetap yang terbaik dihatiku. Inilah rahsia yang kami sebagai sahabat simpan selama ni. Mengenai kesihatan beliau. Finally, beliau kuat untuk share dengan semua. I know u are strong Nana. Alhamdulillah bukan untuk minta simpati tapi mohon semua mendokan beliau akan terus diberi kekuatan dan kebahagian seperti yang ada sekarang. Setiap ujian dari Allah adalah yang terbaik dan pasti ada hikmahnya. Keep strong & positive. We u Nana. @elyanaofficial”

Selain Anne, ramai juga selebriti lain yang turut memberi semangat pada Elyana…

1. Anita Bahrom

2. Fizie Hot FM

3. Nad Zainal

4. Syafie Naswip

5. Liza Hanim

6. Siti Nordiana