Saharul Ridzwan menerusi Instagram meluahkan rasa sebak dengan keadaan isteri yang sedang dilanda demam panas ketika sedang sarat hamil.
Kongsinya, dia cukup terharu apabila si isteri masih memikirkan soal makan minum dirinya walau dalam keadaan yang kurang sihat.
Malah, pelakon berusia 30 tahun ini turut memanjatkan doa agar isterinya diberikan kesihatan yang baik dan bayi dalam kandungan sihat sentiasa.
“Suhu badan 39.6’c masa awal2 sampai pusrawi, lebih kurang pukul 6.30pagi tadi.
“Dia tak boleh tidur satu malam, tapi taknak kejutkan suami, bila bangun subuh baru ckp mintak belikan ais sebab badan rasa panas sangat.
“So sy pegang kepala, panas sangat2, terus ke Pusrawi. Masa tengah menunggu nak masuk ward, banyak kali dia tanya saya, “awak makan apa ni pagi?”. Time sakit2 pun masih ingat perut suami ni ye.
“Demam balik dia petang ni, temperature naik 39 balik. Tadi tengahari dah okay sikit.
“Semoga Allah berikan kemudahan dan kesihatan yang baik pada isteri dan baby dalam kandungan.
“Tolong doakan wife dan baby kami ye? Thank you for all your doas. Amin Ya Rabb,” tulisnya.
Terdahulu, Saharul mendirikan rumah tangga bersama Qaabila Deena Emir pada 16 September 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Luth Ali.
Foto : Instagram Saharul Ridzwan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI