“Awak Mempunyai Masa 24 Jam Untuk Cari Saya, Minta Maaf Depan-Depan,” – Caprice Berang, Isteri Diganggu

Share

Penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 34, tampil memberikan amaran kepada seorang lelaki menerusi perkongsian sebuah video ringkas di laman Instagramnya.

Menerusi video itu, Caprice meluahkan perasaan bengang dengan individu tersebut yang dikatakan telah mengganggu isterinya, usahawan Farra Inalis dengan kerap menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp.

Caprice memberikan tempoh 24 jam kepada lelaki tersebut untuk membuat permohonan maaf sebelum tindakan lanjut diambil.

“Saya tak kisah jika anda mahu membenci saya… tetapi bila anda sudah mula kacau isteri atau anak saya itu tandanya anda telah melampaui batas.

“Bila awak menghubungi isteri saya pada malam hari, itu tandanya awak telah melampaui batas sehingga mengacau kehidupan peribadi saya.

“Kalau pertama awak mesej isteri saya, kami fikir mamat ini mungkin gila jadi kami berikan dia amaran dengan harapan tidak kacau isteri saya lagi.

“Awak mempunyai masa selama 24 jam untuk cari saya dan minta maaf depan-depan.

“Bila orang mula melampaui batas dan buat kita risau pasal keselamatan keluarga, anda memang dah melampau,” kata Caprice.

Caprice mendirikan rumah tangga dengan Farra Inalis, 27, yang merupakan seorang ibu tunggal pada 15 November tahun lalu.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Farra mempunyai seorang anak perempuan, Aleesya Sofea yang kini berusia 6 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Caprice

Published by
Juliana Johar