Pelakon Janna Nick tampil memohon maaf sekiranya ada hantaran yang dilakukannya di media sosial menyinggung perasaan sesetengah pihak.
Menurut Janna, dia merasakan tidak cukup kuat untuk berdepan situasi semasanya ketika ini.
“Saya minta maaf seandainya posting-posting saya menyakitkan mata dan hati sesetengah orang. Saya sedar… Saya tak cukup matang dan kuat untuk handle situation macam ni.
“I’m so sorry. But I promise I’ll come back stronger. Only time will heal,” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran terkini yang dikemas kini di Instagram.
View this post on Instagram
Menerusi hantaran terbabit, Janna berkongsi reaksi seorang individu yang mempersoalkan caranya di dalam berhadapan situasi dakwaan putus cinta.
Dalam pada itu, pelakon Melastik Bintang Ke Hatimu ini turut menitipkan bait kata cinta yang seolah-olah tidak kesampaian.
“Terima kasih mentari setia. Pernah membelai hati yang dahaga. Pernah mendakap jasad yang meronta. Sedarlah aku sayang, tidak selamanya berpanjangan. Sayangnya penghuni jiwa tidak lagi pulang,” luahnya.
Bagaimanapun akses pada ruang komen hantaran berkenaan ditutup Janna.
Terdahulu pada 15 November lalu, bekas pengacara Melodi itu memuat naik status dalam Instagram seakan-akan memberi bayangan sudah putus cinta dengan pasangannya, pelakon Dini Schatzmann.
View this post on Instagram
Artikel Berkaitan;
Difahamkan, pasangan ini mulai akrab selepas terbabit dalam drama bersiri Bukan Cinta Aku sekitar 2018 yang turut menjalani penggambaran di Itali.
Malah kemesraan mereka juga tampak utuh apabila aktor berdarah kacukan Melayu-Switzerland itu pernah menyatakan mahu mengukuhkan ekonomi dahulu sebelum menyunting Janna menjadi suri hatinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
View this post on Instagram
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI