Penampilan terkini bintang antarabangsa, Rebel Wilson yang kini kelihatan semakin kurus telah menjadi perhatian peminat selepas berjaya mengurang berat badan dalam tempoh 8 bulan.
Tidak berputus asa untuk kelihatan jelita, bintang filem Pitch Perfect itu berjaya mengurangkan berat badan selepas mengamalkan permakanan dan gaya hidup sihat.
Difahamkan aktres berusia 40 tahun itu telah memulakan misi untuk mengurangkan berat badan pada Januari lalu.
Menerusi akaun Instagram miliknya, Rebel menitipkan ucapan terima kasih kepada peminat yang sentiasa memberi sokongan buat dirinya.
Selain itu, Rebel juga berharap dapat mencapai target untuk mengurangkan lagi berat sebanyak 8 kilogram dipenghujung tahun ini.
“Thanks for all the love so far on my “Year of Health” journey – when I was reaching for the candies last night after dinner I thought to myself “hmmmm…better not” and had a bottle of water instead x 8kg’s to go until I hit my goal – hopefully I can do it by the end of the year x,” tulisnya.
Sumber: Instagram Rebel Wilson, Today.com Online